
RASMI: KAWASAKI NINJA 1100 SX SE, VERSYS 1100 KINI DI MALAYSIA – DARI RM65,100
Edaran Modenas (EMOS) dengan rasminya memperkenalkan dua model Kawasaki baharu untuk pasaran tempatan menerusi Ninja 1100 SX SE dan Versys 1100.
Pelancaran kedua-dua model itu berlangsung ketika perasmian pembukaan pusat pameran Kawasaki Serdang 4S.

Bagi pasaran tempatan Ninja 1100 SX SE ditawarkan pada harga RM79,000 sementara Versys 1100 pula hadir dengan tiga varian Standard, S dan SE masing-masing ditawarkan pada harga RM69,100, RM76,600 dan RM82,900.
Untuk rekod, kedua-dua model ini mengekalkan reka bentuk dan ciri yang sama seperti model sebelumnya namun dibezakan dengan enjin yang kini telah dibesarkan kepada 1,099cc.
Hasilnya, kedua-dua model ini menawarkan 134hp pada 9,000rpm dan 112Nm pada 7,600rpm. Peningkatan kapasiti enjin ini bukan sahaja menghasilkan kuasa ekstra malah meningkatkan daya pecutan yang lebih baik pada rpm rendah dan pertengahan.
Kawasaki Versys 1100

Sebagai motosikal sport touring, Versys 1100 kekal sebagai jentera terbaik dalam kelasnya dengan fungsi seperti electronic cruise control, 6-axis IMU yang merangkumi KCMF, KTRC dan KIBS serta KQS (Kawasaki Quick Shifter) yang didatangkan secara standard.
Model ini juga menawarkan empat mod menunggang yang terdiri dari Sport, Road, Rain dan Rider (custom).

Varian SE yang merupakan varian perdana pula dilengkapi dengan suspensi elektronik (Kawasaki Electronic Control Suspension) yang dipadankan dengan Showa Skyhook Technology serta cornering lights.
Kawasaki Ninja 1100 SX SE

Bagi tahun 2025, Kawasaki telah memperkukuhkan struktur casis bagi menjaminkan pengalaman menunggang yang lebih sporty dan lasak.
Sebagai jentera sport touring, Ninja 1100 SX SE hadir dengan tangki berkapasiti 19L sekaligus menjaminkan perbatuan yang lebih tinggi tanpa pengisian kerap.

Antara ciri ditawarkan termasuk Kawasaki Quick Shifter (KQS) dan Electronic Cruise Control yang ditawarkan secara standard. Dalam pada itu, varian SE menawarkan ciri premium termasuk suspensi belakang jenis Ohlins S46 dan brek Brembo.
Antara pakej elektronik ditawarkan termasuk KCMF, KTRC, KIBS dan empat mod menunggang.