Buletin

KENAPA SUV, CROSSOVER VOLKSWAGEN BERMULA HURUF T???

Pengeluar kenderaan, Volkswagen baru-baru ini mendedahkan teaser berhubung crossover terbaharu dikenali sebagai Taigo.

Model terbaharu itu tidak dipasarkan di Amerika Syarikat (AS) tetapi Volkswagen Taos 2022 akan mendarat di wakil pengedar negara terbabit.

Kalau diperhatikan dengan terperinci, pengeluar kenderaan dari Jerman berkenaan gemar menamakan model crossover ataupun SUV mereka dengan menggunakan huruf T.

Penggunaan huruf T terbabit bermula dengan Touareg dan Tiguan yang berkembang menjadi model-model besar dengan jenama T di seluruh dunia.

Menurut portal CarBuzz, obsesi Volkswagen terhadap huruf T mempunyai sejarah tersendiri.

“Secara semula jadi strategi-T berkembang setelah Toureg dan Tiguan, dua nama kuat yang dikembangkan serta diterima baik oleh para pelanggan.

“Dalam meningkatkan nilai pengiktirafan, T selalu diminta sebagai huruf pertama untuk nama-nama model berikutnya,” kata seorang jurucakap kepada CarBuzz.

Menelusuri sejarah nama Touareg, ia merupakan nama daripada suku Afrika Utara.

Model Tiguan pula, ia sebenarnya merupakan gabungan kata-kata Jerman untuk harimau dan iguana iaitu leguan.

“Bagi memastikan nama tidak terlalu sama dan dapat dibezakan, penggunaan nama T-Roc dan T-Cross mula dikembangkan.

“Penggunaan huruf T adalah sebagai penghubung tetapi nama-nama ini dapat dibezakan dengan kata penghubung,” jelas jurucakap itu lagi.

Setiap kali Volkswagen merancang pengenalan crossover ataupun SUV baharu untuk pasaran khusus, perbincangan akan dilakukan sama ada ingin menamakan kenderaan terbabit dengan huruf T sahaja atau T yang memiliki sengkang (dash) seperti T-Roc ataupun T-Cross.

Justeru, bagaimana luasnya daftar nama T yang dimiliki Volkswagen ini. Senarai ini  merangkumi model semasa dan telah dihentikan oleh pengeluar Jerman terbabit.

Model Atlas yang juga dikenali sebagai Teramont, T-Cross (Tacqua atau Taigun), T-Roc, Taigo, Taos (Tharu), Tayron, Tayron X, Tiguan, Touareg dan Touran.

Senarai terbabit merupakan sebahagian sahaja dan dijangka penggunaan huruf T ini akan berterusan melalui model-model terbaharu VW.

VW turut memiliki hak untuk T-Sport, T-Go dan T-Coupe. – carbuzz

Google ads
Back to top button