Artikel Pilihan

VOLKSWAGEN BERI JAMINAN 12 TAHUN BEBAS KARAT

12 tahun itulah tempoh jaminan karat pada kereta Volkswagen. Kalau anda ada anak baru lahir sewaktu beli Volkswagen baru, sehingga anak anda masuk darjah 6, kereta Volkswagen anda tidak akan berkarat. Jaminan ini dibuat oleh Volkswagen melalui ujian ekstensif selama 6 bulan yang dinamakan Dynamic Corrosion Test sebelum sesuatu model dihasilkan secara besar-besaran

Ujian Pengaratan Dinamik yang dibuat oleh Volkswagen ini dilakukan di tapak ujian Ehra Lessin melibatkan pelbagai model yang dihasilkan oleh Volkswagen. Ia meliputi ujian serpihan batu jalan pada permukaan cat, air bergaram, lopak air, kebuk cuaca dan juga ujian bilik hujan bagi memastikan semua air mengenai permukaan kereta.

Ujian selama 6 bulan ini meliputi 90 kitaran ujian bagi menggambarkan keadaan cuaca yang dialami oleh kereta Volkswagen selama 12 tahun. Secara purata sebanyak 68kg garam disembur pada permukaan cat kereta sepanjang ujian dilakukan. Malah ketika ini juga simulasi komputer akan digunakan bagi menentukan kerosakan permukaan cat jika terkena batu-batu dari jalan raya

Keadaan ini membolehkan jurutera mengubah sudut rekaan permukaan yang berisiko tinggi agar kerosakan permukaan cat dapat diminimakan. Volkswagen juga membangunkan 5 asas pencegahan karat pada kereta mereka iaitu dengan memberi fokus pada bahagian klim sambungan cesi, melindungi permukaan berlubang, membangunkan struktur cat sendiri, menggunakan proses galvanisasi serta melindungi bahagian cat dengan anti chip coating.

Salah satu proses yang dibangunkan oleh Volkswagen ialah dengan kaedah melindungi bahagian cesi kereta dengan menggunakan rendaman wax atau lilin yang dibangunkan semenjak tahun 1978. Tujuan proses ini ialah untuk melindungi platform lantai dan juga perumah tayar (wheelarch) daripada berkarat.

Dalam kaedah ini, cesi yang telah siap dicat akan dipanaskan pada suhu 80 darjah Celsius dan direndam dalam kolam wax pada suhu 117 darjah Celsius. Wax cair tadi akan disuntik terus pada lubang bahagian cesi Volkswagen. Setelah selesai cesi ini akan dikeringkan pada sudut 15 darjah dan wax yang kering akan melindungi cesi dari berkarat

Bahagian pintu juga dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi untuk berkarat kerana ia merupakan laluan air hujan turun dari kawasan bumbung. Jadi Volkswagen melindungi bahagian pintu dengan 3 lapisan anti karat di bahagian bawah pintu, bahagian dalam kerangka pintu diisi dengan perekat dan klim besi dilindungi dengan polivinil chloride.

Kereta elektrik terbaru mereka iaitu Volkswagen ID.3 juga direka khas untuk melindungi dari fenomena karat pada bahagian bawah lantai (underbody). Bateri yang diletakkan pada bahagian lantai cesi akan dilindungi oleh aluminium silicon coating yang bukan sahaja menlindungi dari karat, tapi menambah baik faktor aerodinamik kereta ID.3

Anda boleh menonton ujian Dynamic Corrosion Test yang dibuat oleh Volkswagen di sini

Google ads
Back to top button