Artikel Pilihan

KENAPA TEMPAT LETAK MINUMAN (CUP HOLDER) INI PENTING?

Katakanlah anda perlu meminjam kereta orang lain atas sebab-sebab tertentu. Kereta tersebut pula mungkin kereta lama yang dihasilkan sebelum tahun 2000. Anda akan perasan banyak perkara yang berubah dalam masa 20 tahun. Dari pemain radio, kepada pemain CD, MP3 dan berubah menjadi skrin sesentuh.

Tapi ada stau ciri pada kereta moden yang sangat memudahkan pemanduan anda seharian, terutama jika memandu dalam jarak yang jauh. Ciri ini ialah tempat letak minuman atau disebut cup holder dalam bahasa Inggeris. Bayangkan tanpa cup holder ini, kat mana anda nak simpan kunci rumah, jajan makanan, air minuman dan juga telefon pintar anda?

Boleh letak saja di tempat duduk depan kalau anda memandu seorang diri, tapi kalau ada penumpang di depan, susah jugak la nak letak semua barang tadi kan. Ketika kereta mula dicipta, memandu kereta adalah satu aktiviti yang memerlukan anda fokus dan anda tiada masa waima untuk mengorek hidung sekalipun

Menjelang tahun 1950an, satu budaya mulai timbul di Amerika iaitu budaya pandu lalu atau drive through. Jika anda menonton filem Ray Kroc bertajuk “The Founder” anda akan bersetuju dengan penulis. Ketika ini orang Amerika suka bawa kereta ke kedai makanan segera, pesan burger dan makan dalam kereta. Restoran biasanya akan memasang dulang khas yang akan disangkut pada pintu kereta

Tapi masalahnya ialah orang Amerika suka makan sambil memandu disebabkan beberapa perkara. Pertama ialah mereka menggunakan transmisi automatik, jadi makan sambil memandu bukan masalah besar. Kedua ialah mereka sering memandu jarak jauh, jadi untuk berhenti dan makan sebenarnya membuang masa

Menyedari situasi ini Cadillac Brougham 1957 yang direka bersama dengan ciri yang boleh memegang gelas untuk minuman koktel (rasanya arak). Ford Econoline memperkenalkan ciri cupholder ini pada tahun 1960an. Menjelang 1984, Dodge Caravan menyediakan ciri ini sebagai ciri standard dalam rekaan mereka

Pada tahun 1992, Stella Lieback yang berumur 79 tahun ketika itu telah memesan kopi panas dari McDonald dan disebabkan tiada cup holder, kopi panas dengan suhu mencecah 90 darjah celcius telah tumpah pada bahagian celah kangkangnya. Ok cuba bayangkan kopi panas dengan suhu 100 darjah celcius tumpah atas bebird anda. Ia tak lucu ya tuan-tuan

Stella terpaksa menjalani pembedahan skin grafting di mana kulit di bahagian lain terpaksa diambil dan ditampal pada bahagian yang melecur. Stella menerima rawatan hampi 10 hari dan beberapa tahun rawatan susulan. Kes ini dikemukakan di mahkamah akibat kecederaan melecur dan mahkamah mengarahkan defenden membayar 2.7 juta USD dan melalui rayuan ia dikurangkan kepada 640,000 ribu USD

Ketika kejadian, Lieback menaiki sebuah Ford Probe 1989 yang ketika itu memang tidak menyediakan cupholder. Di Amerika, risiko untuk disaman akibat rekaan yang salah adalah risiko yang besar. Ingat, seorang perokok pernah menyaman syarikat tembakau di Amerika akibat penyakit kanser daripada merokok dan menang.

Rentetan dari peristiwa ini, syarikat automotif mula menjadikan cupholder sebagai satu ciri yang standard pada kenderaan keluaran mereka. Tiada siapa mahu disaman daripada kes ini lagi. Jika anda perasan, sesetengah cup holder bagi kereta di Malaysia seperti Nissan Xtrail memiliki ciri untuk memastikan minuman kekal sejuk dengan bantuan penyaman udara.

Melalui pemerhatian , ciri cup holder mula ditawarkan pada Proton Wira namun kami tidak pasti pada tahun berapa ciri ini diperkenalkan. Cup holder ini perlu ditarik keluar dan anda boleh meletakkan minuman anda di sini iaitu di depan corong penyaman udara.

Ketika model Proton Waja diperkenalkan pada tahun 2000, ia mmeiliki 2 cup holder terbina dalam yang direka di sisi brek tangan. Rekaan ini jauh lebih baik dari Proton Wira. Begitu juga dengan Perodua Kenari yang dilancarkan pada tahun yang sama, memiliki cup holder yang boleh dilipat di bahagian pintu dan mengadap corong penyaman udara.

Namun Perodua Kelisa yang dilancarkan tahun 2001 tidak memiliki ciri ini. Perodua Myvi generasi pertama 2005 pula menawarkan 4 unit cup holder, menjadi 6 cup holder (atau tempat letak botol) bagi Myvi tahun 2011. Toyota Vios generasi pertama rasanya ada 2 cup holder di depan tombol gear walaupun sedikit kecil.

Toyota membaiki rekaan cup holder ini pada model generasi kedua dengan 3 cup holder yang boleh ditutup jika tidak digunakan. Honda City GD 2002 juga menawarkan 2 cup holder di depan tombol gear. Walaupun nampak biasa, banyak jasa cup holder ini pada kita. Susah jugak kan nak memandu sambil pegang kopi panas atau air sejuk.

Google ads
Back to top button