Buletin

FORD ESCORT KLASIK BAKAL PUPUS MENJELANG 2030

Satu kajian mendakwa, kereta ikonik, Ford Escort dijangka  akan pupus menje­lang tahun 2030.

Sejak sedekad lalu, menunjukkan pe­ngurangan sebanyak 93.8 peratus model kenderaan klasik yang berada di jalan raya iaitu daripada 261,000 buah menjunam kepada 16,000 sahaja.

Menurut laman web GoCompare, Ford Escort yang pada asalnya dibina di kilang Halewood, Li­verpool pada tahun 1967, akan pupus dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Kereta lama itu dianggap sebagai satu bentuk pelaburan ekoran sesetengah model Ford Escort boleh dijual pada harga mencecah £25,000 (RM136,605).

Bilangan Ford Escort 1.6i jenis Cabriolet yang dilihat di atas jalan berkurangan daripada 1,100 dalam tahun 2010 kepada hanya 517 unit, manakala hanya terdapat 14 model automatik 1300XL kereta tersebut hari ini berban­ding 17 unit sedekad lalu, lapor laman web itu.

Selain itu, kajian tersebut turut mendedahkan bahawa perubahan gaya hidup, pengubahsuaian terhadap enjin dan kekurangan permintaan dijangka turut mengakibatkan beberapa model kereta klasik lain tidak akan lagi digunakan.

Model seperti Fiat Uno dijangka tidak berada di atas jalan pada tahun ini, manakala Peugeot 305 pada tahun hadapan dan Vauxhall Cavaliers pada 2022.

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Rakan Kongsi GoCompare, Mark Greening berkata, sebilangan kereta klasik ini menjadi kegemaran rakyat Britain.

“Memiliki kereta klasik boleh menjadi satu bentuk pelaburan besar tetapi sekarang ia dilihat bakal pupus dan berharap sebahagiannya boleh diselamatkan,” katanya. –  thesun

Google ads
Back to top button