Buletin

WAJA LEGENDA RALI KARAMJIT SUDAH ADA PEMILIK BAHARU

Proton Waja milik legenda rali negara, Karamjit Singh yang hendak dijual pada harga RM7,500 untuk memulakan kerjaya sebagai pemandu Grab sudah mempunyai pemilik baharu.

Dalam hantaran terbaharu, Karamjit pada laman Facebooknya, dia mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat untuk perkongsian dan sokongan yang diberikan oleh mereka.

“Sudah dijual, terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berkongsi hantaran dan memberi sokongan. Saya sayang anda semua!!!,” kata hantaran tersebut.

Pada Jumaat lalu, dia memberitahu ingin membeli Proton Saga Manual kerana kenderaannya sudah lama dan tidak sesuai digunakan untuk perkhidmatan Grab.

Proton Waja model 2004 dengan transmisi manual tersebut mendapat khidmat enjin Mitsubishi.

Kenderaan itu turut dilengkapi kamera di bahagian depan dan belakang bernilai RM700. Kamera belakang juga akan bertindak sebagai kamera apabila mengundur kenderaan.

Di ruang komen Facebooknya, terdapat netizen yang memberitahu jentera berkenaan lebih bernilai kerana dipandu legenda rali berkenaan.

Selain itu, terdapat juga yang mendoakan agar urusan Karamjit dipermudahkan selepas ini. -FB Karamjit Singh

Google ads
Back to top button