
Motosikal
BENDA LFS-700 TERLALU POPULAR. TERPAKSA TUTUP TEMPAHAN, CUAK TAK DAPAT PENUHI PERMINTAAN
Siapa kata jentera China tidak laku?
Syarikat China, Benda terpaksa menghentikan tempahan motosikal naked LFS-700 berikutan laku keras.
Bahkan, pengeluaran motosikal itu khuatir tidak dapat memenuhi permintaan jika meneruskan tempahan jentera berkenaan.
Benda LFS-700 yang dikenali sebagai Tang Knife mendapat khidmat enjin 4-silinder sebaris 680cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api Delphi dipadankan transmisi manual 6-kelajuan.
Ia mampu menjana kuasa 93.8 PS pada 11,000 rpm dengan kelajuan maksimum mencecah 210 km/j.
Benda LFS-700 dijual pada harga bermula £4,300 (RM24,464) lebih murah berbanding Honda CB650R. – visordown









