,
Buletin

‘KERETA TERBANG’ ADALAH REALITI – INI PENGANGKUTAN MASA DEPAN

Isu tentang kereta terbang memang hangat melanda negara kita. Tetapi sebelum itu adakah wujud usaha serius di peringkat global tentang kenderaan tersebut?

Jawapannya ialah benar. Atau nama yang lebih sedap didengar ialah drone yang berupaya membawa penumpang.

Kenderaan yang sebelum ini kerap ditonton di dalam filem sains fiksyen sudah menjadi realiti.

Sekurang-kurangnya empat syarikat menawarkan empat model yang layak terbang (airworthy) dan sedozen lagi sedang menyiapkan prototaip.

Apa yang membuatkan banyak syarikat berminat dalam bidang ini?

Berdasarkan anggaran yang dibuat oleh bank pelaburan Morgan Stanley, pasaran ini akan bernilai sehingga USD 1.5 trilion dalam masa 20 tahun akan datang. 

Salah satu syarikat start-up yang terlibat dalam kenderaan ini ialah Volocopter dari Jerman yang telah pun membuat ujian penerbangan pertma dengan drone Flugtaxi 2X.

Drone tersebut mempunyai 18 rotor dan berupaya untuk membawa dua penumpang dengan jumlah berat 160 kilogram ke udara.

Flugtaxi 2X boleh diterbangkan sejauh 27 kilometer dengan kelajuan purata 70 km/j.

Ia dikuasakan oleh bateri cas jenis modular yang boleh digantikan.

Firma yang terlibat ini pula bukan calang-calang, Intel telah bersama sejak 2016 lagi dan percaya Volocopter berada di landasan yang betul.

Jadi sekarang apakah kegunaan drone penumpang?

Salah satunya ialah dari satu lokasi ke lokasi dan sebelum  itu ada beberapa perkara perlu diberi perhatian seperti kemudahan penukaran bateri.

Potensi dalam bidang ini sangat besar dan begitu juga saingannya. Porsche sekarang ini sedang membangunkan sebuah model konsep supaya ia boleh digunakan secara rasmi pada tahun 2025.

Berikut ialah beberapa lagi pemain di dalam bidang ini:

  • Lilium – syarikat start-up Jerman berjaya menarik pelaburan berjumlah AS90 juta dalam bidang teksi udara
  • Bell – syarikat pembuat helikopter di AS mempertontonkan model Nexus yang boleh ditempah melalui Uber pada masa depan
  • Airbus mahu menguji CityAirbus di Ingolstadt
  • Kitty Hawk, syarikat AS telah mempertontonkan Flyer – sebuah prototaip yang boleh terbang
  • Wirtschaftswoche – majalah bisnes Jerman ini memaklumkan terdapat sehingga 60 teksi udara sedang dalam pembangunan di serata negara

Selain perkembangan syarikat swasta, kerajaan Jerman turut menghidu peluang dalam bidang ini dan Andreas Scheuer, Menteri Pengangkutan Persekutuan mengumumkan peruntukan sehingga EUR 15 juta bagi program pembangunan teksi udara untuk tempoh empat tahun akan datang.

Kesimpulan mudah yang boleh dibuat berdasarkan maklumat ini ialah minat dan komitmen kerajaan Malaysia dalam bidang drone pengangkutan atau logistik atau ‘kereta terbang’ adalah tepat.

Aerodyne Group, syarikat drone tempatan yang terlibat di dalam bidang ini pula bukan calang-calang.

Sumber asal: Messe Frankfurt

Tags
Google ads
Back to top button