Artikel Pilihan

JAMBATAN “ROLLER COASTER” DI JEPUN YANG MENAKUTKAN

Sekeping foto pernah tular dengan sudut dakian agak gila bagi sebuah jambatan. Ia bukan foto yang diedit sebaliknya foto sebenar sebuah jambatan yang dikenali sebagai Jambatan Eshima Ohashi yang terletak di Shimane, Jepun.

Ia sebuah jambatan yang menghubungkan Matsue dan Sakaiminato, Tottori merentasi sebuah tasik besar yang dikenali sebagai tasik Nakaumi.

Jambatan ini mula dibina pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2004 dan merupakan jambatan kerangka tetap terbesar Jepun dan ketiga terbesar di dunia.

Imej jambatan ini tular tidak lama dahulu berikutan ia kelihatan seperti dibina dengan sudut dakian yang sangat curam, sehingga ia digelar jambatan “roller coaster” Jepun.

Namun sebenarnya, sudut binaan jambatan ini tidaklah terlalu curam. Anda boleh lihat dalam vidoe di bawah. Ia dirakam dari banyak sudut dan sebenarnya, sudut dakian jambatan ini adalah normal.

Di bahagian kenaikan di sebelah Shimane, sudut dakian jambatan ialah 6.1 peratus. Sementara di bahagian Tottori, sudut dakiannya ialah 5.1 peratus.

Tapi, apa yang buatkan jambatan ini nampak curam dalam foto yang tular?

Sebenarnya, ia adalah ilusi optik. Terjadi apabila foto dirakam dari jarak jauh dengan kadar zoom yang tepat. Ia akan kelihatan sangat curam. lebih-lebih lagi jika dirakam dari sudut menegak.

Jika anda lihat dari beberapa foto ini juga boleh nampak perbezaan sudut kecuramannya. Terutamanya jika foto dirakam dari sudut sisi.

Bagaimanapun, Jambatan Eshima Ohashi terus digelar jambatan roller coaster Jepun kerana sudut kecuraman yang pernah tular itu. Daihatsu Motor juga pernah menggunakan lokasi jambatan ini dalam video kempen Tanto mereka.

Tags
Google ads
Back to top button