Peranti

DRONE YAMAHA FAZER R G2, BOLEH TERBANG SEJAUH 90KM!

Yamaha Motor Co., Ltd. mengumumkan bahawa ia telah membangunkan satu pesawat navigasi tanpa juruterbang atau lebih dikenali sebagai drone baharu dikenali sebagai  Yamaha FAZER R G2.

Model drone high-end itu boleh disewa untuk tujuan industri seperti mengukur,  memantau, fotografi dan pengangkutan mulai April tahun depan.

Yamaha-FAZER-R-G2-drone-mekanika (1)

FAZER R G2 dikatakan dapat menawarkan prestasi cemerlang menerusi keupayaan mengangkut beban sehingga 35kg, terbang ke altitud maksimum setinggi 2,800 meter dan bergerak sejauh 90km.

Peranti akan dipamerkan pada acara Pameran Aeroangkasa Antarabangsa Jepun 2016 di Tokyo yang berlangsung mulai esok hingga hujung minggu ini.

Yamaha-RMAX-G1-drone-mekanika

Sebenarnya, Yamaha Motor telah terlibat dalam operasi mengukur, memantau dan fotografi sejak tahun 2006 lagi dengan menggunakan helikopter RMAX G1. Operasi mendarat dan menerbangkan helikopter itu dibuat menerusi alat kawalan jauh. Ia kemudian akan terbang ke laluan yang telah diprogramkan.

Model ini dibangun berdasarkan kepada FAZER R yang baru dilancarkan tahun ini. Ia bagaimanapun dilengkapi sistem kawalan terbang automatik dan tangki minyak 12 liter. Ia juga dipasang dengan cagak untuk kamera dan peranti mengukur.

Digelar sebaga revolusi industri angkasa, drone itu biasanya digunakan untuk memantau kawasan gunung berapi seperti gunung Asama, Tokachi, Kusatsu-Shirane dan Aso di Jepun.

Google ads
Back to top button