
DRONE NISSAN GT-R
Nissan baru-baru ini memperkenalkan drone paling laju dikenali sebagai GT-R Drone. Dibina supaya mampu bersaing dengan Nissan GT-R 2017, GT-R Drone sememangnya menampilkan ciri termaju.
GT-R Drone direka khas oleh juara World Drone Prix, Tornado XBlades Racing. Ia menggunakan konfigurasi talaan pelumbaan dan kanopi rendah seretan. Hasilnya, mesin itu mampu mencatat kelajuan 100km/j dalam masa 1.3 saat sahaja!
Bagi membuktikan keupayaannya, GT-R Drone ditugaskan untuk merakam pergerakan Nissan GT-R di litar Silverstone.
Nissan G-TR mendapatkan kuasa daripada enjin twin-turbocharged 3.8 liter 24 injap V6. Sementara GT-R Drone pula memperoleh pecutan luar biasa menerusi empat unit kipas yang dipadankan dengan motor 2000kV XNova dan kerangka quadcopter Sky-Hero. Pecutan maksimum GT-R Drone ialah 185km/j.
Kedua-dua jentera tersebut dipamerkan di acara Goodwood Festival of Speed minggu lalu.
Spesifikasi Nissan GT-R dan GT-R Drone
GT-R | GT-R Drone | |
Kelajuan maksimum | 315km/j | 185km/j |
Lebar | 1895mm | 30cm |
Panjang | 4710mm | 30cm |
Tinggi | 1370mm | 6.5cm |
Berat | 1752kg | 0.7kg |
Kuasa Bateri/Enjin | V6 twin turbo | 1400mah Lithium Polymer 6s |
Pusingan | 12.2m | 0.3m |
Static Thrust/Max Torque | 637Nm | 4.68kg |
Model/Kerangka Drone | Nissan GT-R | Sky-Hero |
Kemahiran | Laluan lurus | Laluan Slalom |