Buletin

2 BUAH HONDA NSX TYPE-R BERKEADAAN BAIK BAKAL DILELONG – HARGA BOLEH CECAH RM1.8 JUTA

Dua buah Honda NSX Type-R – NA1 dan NA2 yang dikatakan berada dalam keadaan sangat baik dilapor akan dilelong oleh firma lelongan BH Auction di Jepun.

Penjualnya mendakwa kereta ini 100 original dan hanya mencatat perbatuan sejauh 1,600km. 

BH Auction menganggarkan kereta sports klasik buatan tahun 1995 ini boleh dijual pada harga di antara AS$227,000 (RM950,500) hingga AS$272,000  (RM1.4 juta). 

NSX Type-R NA1 dikuasakan oleh enjin V6 bersesaran 3.0 liter yang mmapu menjana kuasa 276hp.

Antara ciri yang membuatkannya istimewa adalah penggunaan banyak komponen aluminium, tempat duduk bucket karbon-kevlar Recaro dan tiada pendingin hawa. 

Sistem suspensinya telah diubah suai dengan penyerap hentak lebih keras, gegelung, bushing dan bar penstabil yang besar.

Untuk makluman hanya 464 unit NSX Type-R NA1 dihasilkan oleh Honda dalam masa tiga tahun pengeluarannya. 

Sebuah lagi model yang akan dilelong ialah Honda NSX R tahun 2005. Jentera ini dibina berasaskan kepada  model NA2 NSX R yang dijana oleh enjin V6 bersesaran 3.2 liter dengan transmisi manual enam kelajuan.

Menjadi model terakhir untuk generasi pertama NSX, NSX R tampil unik dengan lampu jenis pop-up. 

Kereta ini diubah suai dengan penambahan komponen gentian karbon, hud baharu dan spoiler daripada material ringan. BH Auction mendakwa hanya 140 unit NA2 NSX R pernah dihasilkan. 

Harnya dijangka bermula AS$345,000 (RM1.4 juta) hingga AS$436,000 (RM1.8 juta). 

GALERI

Google ads
Back to top button