Buletin

KERETA TERBANG PROJEK PALING TAK GUNA DAN MEMALUKAN!

Projek kereta terbang dilabel sebagai satu program paling tak guna dan memalukan kerajaan.

Kenyataan keras itu dinyatakan oleh perwakilan Amanah Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly ketika membahaskan ucapan dasar presiden di Konvensyen Nasional Amanah 2019.

Menurut Fadzli, pimpinan bawahan malu hendak mempertahankan projek berkenaan. “Inilah antara program paling tak guna dilakukan kerajaan, malu muka kita nak pertahankan kerajaan,” katanya disambut sorakan perwakilan.

Sejak diumumkan, kereta terbang yang menjadi ‘projek kesayangan’ Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof tidak pernah sunyi daripada kontroversi.

Selain menjadi bahan lawak jenaka, ia juga dilihat sebagai tidak telus kerana dilapor

menerima suntikan dana daripada kerajaan berjumlah RM20 juta menerusi Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT).

Bukan itu sahaja, kereta terbang yang sebenarnya ialah dron buatan sebuah firma China tersebut dilarang daripada membuat penerbangan percubaan berhampiran lapangan terbang Subang bulan lalu.

Lebih memburukkan keadaan, firma China Ehang juga pernah memfailkan notis bankrap di Amerika Syarikat pada Mei tahun lalu.  

Pada tahun 2016, EHang menarik perhatian ramai di Pameran Elektronik Pengguna apabila  mendedahkan drone yang mampu membawa manusia dikenali sebagai EHang 184 yang boleh membawa beban sehingga 100 kilogramdan terbang selama 25 minit.

sumber: Astro Awani

Google ads
Back to top button