Artikel Pilihan

KHARKOVCHANKA, KENDERAAN KHAS UNTUK JELAJAH ANTARTIKA

Mulai tahun 1950an, Soviet Union telah memulakan misi perjalanan darat sejauh 2700km untuk menjelajah benua ais Antartika. Stesen pertama dibina oleh saintis Soviet Union di Mirny telah diduduki secara tetap mulai tahun 1955. Keaadaan berais dan bersalji tebal menyebab traktor berantai yang digunakan oleh mereka tidak lagi sesuai

Berdasarkan kehendak saintis ini sebuah kenderaan khas yang dinamakan Kharkovchanka telah dihasilkan oleh kerajaan Soviet Union bagi misi khas penjelajahan benua Antartika ini. Kira ini kenderaan offroad paling lasak yang digunakan di kawasan paling mencabar di muka bumi. Antara fakta menarik berkenaan Kharkovchanka ialah:

1. Cesi utama kenderaan ini menggunakan cesi kereta kebal T34 termasuklah enjin dan juga unit transmisi yang pada asalnya digunakan untuk menunda meriam dalam medan perang dengan berat keseluruhan ialah 35,000kg

2. Kharkovchanka memiliki ketinggian maksima 4 meter, lebar 3.5 meter dan panjang 8.5 meter. Ruang kabin dan bekerja bagi kenderaan ini hampir mencecah 220 kaki per segi yang boleh memuatkan 8 penumpang dalam satu-satu masa. Kabin ini dibalut dengan bahan penebat bagi melindungi suhu -57 darjah celcius

3. Kabin kenderaan ini direka dengan makmal, dapur, satu bilik tidur untuk 8 orang, ruang makan, tandas, bilik kawalan bagi pemandu dan penunjuk arah. Ruang pemandu juga direka dengan akses kepada enjin bagi memudahkan proses penyelenggaraan tanpa perlu keluar. Unit pemanas pula ditempatkan di bahagian belakang

4. Dapur pula dilengkapkan dengan ciri untuk mencairkan ais sebagai sumber air dan memanaskan makanan dalam tin. Ini menjadikan kenderaan ini sebenarnya stesen kerja bergerak yang boleh mencapai kelajuan maksima 11km sejam termasuk dengan keupayaan menarik beban seberat 70 tan di bahagian belakang

5. Ia dikuasakan dengan enjin turbodiesel V12 yang menghasilkan 900 kuasa kuda dan gear 5 kelajuan bagi menghadapi laluan altitud tinggi. Dengan kelebihan trek berantai, kenderaan ini berupaya meredah laluan berais dan bersalji dengan mudah.

6. Pada tahun 27 September 1959, 5 unit Kharkovchanka telah memulakan perjalanan sejauh 2700km dari stesen Mirny ke Kurub Selatan yang memakan masa 89 hari merentasi ribut salji serta permukaan yang belum pernah sampai oleh manusia

7. Kharkovchanka terus berkhidmat di antara 6 stesen kaji selidik Soviet Union sehingga tahun 1975. Model pengganti dirancang untuk dihasilkan pada pertengahan 1980an namun dengan kejatuhan Soviet Union rancangan tersebut telah dibatalkan. Ia terus digunakan sehingga tahun 2010.

8. Berdasarkan Kharkovchanka, Russia telah membangunkan satu lagi jenis kenderaan yang dinamakan sebagai Vityaz DT-10/20/30 dengan keupayaan amfibia, berupaya bergerak sendiri dari kapal ke daratan serta boleh beroperasi pada altitud 4000m yang banyak digunakan dalam misi menyelamat.

Google ads
Back to top button