Buletin

BAUTO SAH AMBIL ALIH JENAMA KIA. BAKAL CKD MODEL SELTOS DAN CARNIVAL

Kia Motors Corporation (Kia) dan Bermaz Auto Berhad (BAuto) hari ini mengumumkan pembentukan satu kerjasama strategik untuk memacu perkembangan pengeluaran dan pemasangan kenderaan Kia di Malaysia.

Syarikat baharu ditubuhkan itu dikenali sebagai Kia Malaysia Sdn Bhd (KMSB) dan akan bertanggunghawab atas aspek pemasangan tempatan (CKD).

Untuk permulaan, tiga model akan dipasang tempatan iaitu Seltos dan Carnival. Manakala model CKD ketiga bakal diumumkan kelak. Kia mahu menjadikan KMSB sebagai hab pengilangan kenderaan Kia untuk ASEAN dan pasaran berpotensi yang lain.

Selari dengan strategi pengembangan dan transformasinya Kia telah melantik anak syarikat BAuto, Dinamikjaya Motors Sdn. Bhd. (Dinamikjaya Motors) selaku pengedar baharu. Ia turut diberi hak untuk menjual alat ganti tulen Kia dan melaksanakan perkhidmatan selepas jualan.

Menyedari tentang potensi kenderaanya di pasaran ini, Kia berasakan sudah tiba masanya untuk membina kembali reputasi jenama tersebut di Malaysia.   

“Selepas beberapa bulan mencari rakan niaga yang tepat, Kia berbesar hati untuk bekerjasama dengan BAuto. BAuto terbukti memiliki keupayaan untuk membangunkan jenama automotif di Malaysia dan Filipina. Ia juga berpengalaman dalam pengilangan.

“Jadi, kami yakin telah meletakkan jenama Kia kepada entiti yang tepat di bawah pimpinan Pengerusi Ekskutifnya, Dato’ Sri Ben Yeoh,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia Asia Pasifik, Tae Hun (Ted) Lee.  

“Kami gembira kerana diberi peluang untuk mengambil alih jenama Kia di sini. Kerjasama ini akan melengkapkan lagi perniagaan automotif kami,” kata Ben Yeoh.

Google ads
Back to top button