" "
Buletin

KISAH CINTA TOYOTA DAN SUBARU, KERJASAMA SEMAKIN KUKUH

Sejak Toyota membeli pegangan dalam Subaru pada tahun 2005, kedua-dua pembuat kereta ini menjadi begitu selesa dengan pelbagai kerjasama. Mungkin kelihatan seperti rakan kongsi yang aneh dengan pasaran Toyota yang lebih besar berbanding Subaru.

Pada tahun lalu, Subaru hanya menjual 860,000 kenderaan berbanding Toyota, 10.5 juta kenderaan. Kerjasama ini bermula pada ketika ingin mengeluarkan kereta sport pacuan roda belakang mampu milik dan kini menyaksikan ia telah beralih ke arah elektrifikasi apabila industri automotif memasuki era baharu.

Pada tahun 2017, Subaru bergabung tenaga dengan Toyota untuk sebuah projek membangunkan teknologi EV termasuk platform dan bateri sebelum Subaru memperkenalkan 2019 Crosstek Hybrid dimana ia menggunakan sistem plug in hibrid dari Toyota pada tahun 2018.

Kerjasama antara mereka berterusan sehingga ke tahun ini dengan debut Toyota bZ4X dan Subaru Solterra EV dimana Subaru menyumbang sistem all-wheel-drive dan membangun rangka sementara Toyota melakukan kejuruteraan bateri dan powertrain.

Begini kisah cinta “Toyobaru”:

Google ads
Back to top button