Artikel Pilihan

LEXUS RZ450E, KEMBAR TOYOTA BZ4X & SUBARU SOLTERRA

Bagi menghasilkan sebuah crossover/SUV khusus untuk trenkuasa elektrik, Toyota telah membangunkan satu platform khas dengan menggnakan cesi e-Toyota New Global Architecture (e-TNGA). Kerangka utama, sistem supensi depan dan belakang serta bahagian tengah yang memuatkan bateri dipasang dengan high tensile steel

bZ membawa maksud “beyond zero” iaitu satu usaha dari Toyota bagi mencapai karbon neutral manajala 4X pula merupakan ciri kawalan cengkaman X-Mode pacuan semua roda bagi tujuan off road yang ringan. Trenkuasa ini juga menampil ciri Grip-Control dengan bantuan motor elektrik bagi cengkaman maksimum di selekoh

Bagi model FWD, bZ4X dengan motor elektrik 201 kuasa kuda dengan bateri sebesar 71.4kWh yang mampu dipandu sejauh 402km untuk satu pengecasan penuh. Bagi varian AWD, ia akan dipasang dengan 2 motor elektrik yang berkuasa 107 kuasa kuda pada gandar depan dan juga belakang serta bateri 72.8kWh.

Platform bZ4X ini juga akan dikongsikan oleh Toyota dengan rakan teknikal mereka iaitu Subaru dimana Toyota Motor Corporation memiliki saham sebanyak 20% di dalam Subaru. Bagi model Subaru, platform ini akan digunakan bagi menghasilkan Subaru Solterra

Bagi divisi mewah Toyota iaitu Lexus, platform ini akan dibangunkan bagi menghasilkan RZ 450e. Jeriji depan akan digantikan Spindle Grille serta lampu depan dengan DRL yang sinonim dengan jenama Lexus. Walaupun asas rekaan yang sama, RZ 450e akan mengenakan rekaan sisi terutama di bahagian pintu yang tersendiri

Malah RZ 450e juga akan mengenakan rekaan bumbung terapung (floating roof), penutup plastik yang minima di bahagian bampar serta fender bagi menghasilkan rekaan keseluruhan yang nampak lebih eksklusif dan mahal. Walaupun nampak agak berbeza daripada Solterra dan bZ4X, RZ 450e masih kenderaan yang sama

Lexus RZ 450e memiliki panjang 4689mm, lebar 1859mm dan tinggi 1648mm. Ia masih mengekalkan kapasiti penumpang sebanyak 5 orang serta berat keseluruhan SUV ini ialah 1919kg bagi varian FWD dan menjadi 2004kg bagi varian AWD.

Lexus masih lagi tidak mendedahkan rekaan dalaman SUV ini, tapi kami percaya susun atur butang penyaman udara, rekaan papan pemuka, kedudukan pemandu dan stering adalah sama seperti bZ4X. Mungkin ada beberapa perincian khas diberikan untuk model Lexus seperti penggunaan touch pad yang sinonim dengan Lexus

Google ads
"
"
Back to top button