
BMW BERANGGAPAN TEKNOLOGI DAN BAYARAN LANGGANAN PERKHIDMATAN UNTUK SEMUA ORANG
Teknologi tak selalunya memudahkan, begitu juga dengan membayar perkhidmatan langganan apatah lagi perlu membayar perkhidmatan untuk ciri didalam sebuah kenderaan.
Namun itu tidak menghalang banyak pengeluar daripada menyediakan perkhidmatan sedemikian untuk mengaut keuntungan demi masa depan syarikat mereka. Perkhidmatan langganan bukanlah idea baharu dimana Tesla terlebih dahulu memperkenalkan perkhidmatan langganan untuk beberapa teknologi bantuan pemandu. Ford dan Volkswagen juga mengiyakan idea tersebut dan menggunakannya di masa hadapan dan BMW secara terbuka mengenakan caj untuk ciri-ciri kecil seperti tempat duduk yang dipanaskan.

Pada masa lalu juga, ia mula mengenakan bayaran bulanan untuk akses kepada Apple CarPlay dan sesetengah pengguna mencari seribu satu cara untuk menggodam selain syarikat pengeluar dibanjiri maklumbalas mengenai Langkah sedemikian.
Dalam laporan baharu daripada Bloomberg, jurucakap BMW Torsten Julich berkata “Kami tahu daripada pelanggan kami bahawa permintaan mobiliti mereka tidak statik seperti dahulu.” Sedikit sebanyak itu boleh difahami. Sesetengah daripada kita jarang melakukan perjalanan kerana kita bekerja dari rumah sekarang, jadi langganan selama setahun atau membayar beribu-ribu dolar untuk ciri perisian seperti kurang masuk akal.
BMW tidak berhenti di situ. Bersama tempat duduk yang dipanaskan, ia lalu mencipta perkhidmatan langganan untuk stereng yang dipanaskan, pancaran tinggi automatik dan kawalan pelayaran adaptif. Buat masa ini, langganan tersebut terhad kepada hanya “negara terpilih” tetapi apakah yang menghalang BMW daripada mengembangkannya pada masa hadapan? Adakah kita akan kembali ke masa di mana membayar untuk kereta bermakna anda boleh menyimpan semua ciri yang sebenarnya dibina dengan kereta itu?
- BACA: TEMPAH BMW 2 SERIES LIMITED EDITION DENGAN M PERFORMANCE PARTS. BERMULA RM227,800 SEUNIT
- BACA: BERITA BAIK, BMW MASIH MAHU KEKALKAN TRANSMISI MANUAL
- BACA: BMW GROUP MALAYSIA UMUM STRUKTUR HARGA RASMI FASILITI BMW i CHARGING
- BACA: BMW M2 2023 BAKAL JADI MODEL TERAKHIR M DENGAN ENJIN PEMBAKARAN DALAMAN TULEN