
TOYOTA, SUBARU BAKAL PERKENAL JENTERA BAHARU 5 APRIL INI
Toyota Gazoo Racing dan Subaru mengumumkan bakal mendedahkan kenderaan baharu yang dibangunkan bersama pada 5 April depan.
Biarpun tiada maklumat terperinci berhubung projek kerjasama terbabit, pengenalan tagline “Let’s make ever-better cars together” memberi petanda bahawa dua gergasi pengeluar kenderaan Jepun tersebut akan terus menjalin kerjasama sekali gus ‘melahirkan’ lebih banyak kenderaan.
Persoalan yang timbul apakah jentera terbaharu tersebut?

Adakah ia bakal menggabungkan dua model GR86 dan BRZ. Ia berikutan Subaru baru sahaja mendedahkan BRZ terbaharu di pasaran Amerika Utara.
Dalam pada itu, Presiden Toyota, Akio Toyoda telah memaklumkan para jurutera akan menangguhkan model 86 untuk memastikan ia berbeza berbanding Subaru.
Apa pun jentera terbaharu yang bakal didedahkan kelak, para penggemar dua jenama ini perlu menunggu pada 5 April nanti. – carscoops.
- BACA: TOYOTA COROLLA CROSS RASMI DILANCARKAN. 2 VARIAN, TSS, PLATFORM TNGA, BERMULA RM124K
- BACA: NAK BELI TOYOTA ALPHARD SINGAPURA RM60K, KENA TIPU PULA RM29.7K
- BACA: PANDU SUBARU BRZ ATAU WRX PADA HARGA BERMULA RM2,699 SEBULAN DENGAN GOCAR SUBS
- BACA: TOYOTA BELI SUBARU RM2.72 BILION. MESTI ADA BANYAK MODEL MENARIK SELEPAS INI!