" "
Peranti

ACER TRAVELMATE VERO, VERITON VERO MINI DAN VERITON AIO KINI LEBIH MESRA ALAM. BERMULA RM3,299

Bersempena dengan Acer Day 2022 yang bertemakan ‘‘Make Your Green Mark’, Acer Malaysia telah memperkenalkan varian komersial kepada siri peranti Vero bagi menyokong masa depan yang lestari. Peralatan-peralatan Vero merangkumi laptop TravelMate Vero, desktop mini Veriton Vero dan komputer desktop Veriton AIO.

“Pada tahun lalu, Acer memulakan platform Earthion bagi mendepani cabaran-cabaran alam sekitar menerusi solusi inovatif dan bersepadu. Nama ‘Vero’ hanya diberikan kepada produk yang direka menerusi platform Earthion yang mempertimbangkan setiap perincian daripada rekaan produk, penghasilan, bahan kepada pembungkusan dan hayat penggunaan produk. 

“Acer mahu membantu pelanggan dan perniagaan untuk mendapatkan lebih pilihan mesra alam bersesuaian dengan keperluan masing-masing,” kata Pengurus Besar Produk, Jualan dan Pemasaran Acer Malaysia,  Chan Wng Hong. 

Acer TravelMate Vero

Acer TravelMate Vero menawarkan tambahan pilihan kepada organisasi dan perniagaan yang mencari laptop komersial mesra alam. Mengekalkan intipati Vero, chasis TravelMate Vero menampilkan 30 peratus plastik post-consumer recycled (PCR) dihantar dalam pakej yang boleh dikitar semula 100 peratus. 

Dari segi reka bentuk, ia bersih dan mudah untuk diselenggara atau dinaik taraf. Tanpa mengabaikan aspek ketahanan, ia juga direka mengikut piawaian MIL-STD-810G untuk menampung penggunaan tinggi dan hentaman akibat terjatuh. 

Acer TravelMate Vero dikuasakan oleh Intel Core i5 dan Intel Iris Xe yang menyokong penggunaan dan kerja harian di pejabat, manakala RAM 8GB dan storan PCIe NVMe SSD 1TB untuk kelajuan memuatkan fail dengan pantas.

Ketenangan minda tentang keselamatan data dibantu oleh “Trusted Platform Module’ (TPM) yang menyediakan keselamatan dan kebolehurusan untuk melindungi data perniagaan sulit. 

Acer TravelMate Vero juga hadir dengan Acer ProShield Plus, solusi keselamatan all-in-one yang melibatkan penyulitan dan penyahsulitan sebagai tambahan kepada langkah pengesahan biometrik.

Tersedia di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada, Acer TravelMate Vero ditawarkan pada harga RM3,999 seunit. Pelanggan yang membeli TravelMate Vero baharu sebelum 30 September 2022 layak menebus tetikus wayarles USB Acer yang nipis dan ringan, Backpack Urban serta kredit Touch n’ Go eWallet bernilai RM120.  Diskaun tambahan sebanayak RM200 akan diberi jika pembelian dibuat  semasa roadshow Hari Acer 2022.

Acer Veriton Vero Mini 

Acer Veriton Vero Mini adalah prestasi yang dipakej dalam bentuk satu liter! Memuatkan prestasi bertaraf komersial dalam saiz yang kompak dan boleh diubah suai, Acer Veriton Vero Mini terdiri daripada 25 peratus plastik PCR pada bahagian chasis dan dihantar dengan kotak yang boleh dikitar semula. 

Dikuasakan oleh pemproses generasi ke-12 Intel Core i5, Acer Veriton Vero Mini dilengkapi RAM 8GB dan SSD M 2 256GB. Slot tambahan M.2 dan DDR4 membolehkan pengguna menaik taraf PC mengikut keperluan storan dan memori masing-masing. 

Menariknya, pengguna dan juruteknik boleh mengakses dan mengkonfigurasi fungsi dengan mudah melalui papan kekunci atau peranti penunjuk seperti tetikus, terima kasih kepada BIOS antara muka pengguna grafik unik Acer Veriton Vero Mini.

Acer System Health Indicator menyediakan dashboard yang mudah untuk melihat status setiap komponen dan sekiranya abnormaliti dikesan, lampu indikator merah akan menyala pada butang kuasa. 

Saiz mini dan berat ringan 1.3kg ditambah dengan reka bentuk, Acer Veriton Vero Mini didatangkan dengan rekaan VESA Mountable yang membolehkan pengguna mencari tempat letak ideal bagi mengekalkan meja yang bersih dan kemas. 

Acer Veriton Vero All-In-One (AIO)

Desktop AIO Veriton Vero dibina untuk perniagaan yang mesra alam dan mahukan sebuah komputer yang direka dengan kemas, elegan dan jimat ruang. 

Veriton Vero AIO terdiri daripada 30 peratys bahan PCR dan hadir dengan papan kekunci dan tetikus yang juga dibuat daripada bahan PCR. Dihantar dengan pembungkusan yang boleh dikitar semula, Veriton Vero AIO didatangkan dengan penutup belakang tanpa skru yang mudah dialih untuk naik taraf dan penyelenggaraan bagi menambahkan jangka hayat. 

Dikuasakan dengan pemproses generasi ke-12 Intel Core i5, Acer Veriton Vero AIO hadir dengan paparan IPS FHD 24-inci yang menyokong sudut tontonan lebar. Menggabungkan RAM 8GB dan SSD M.2 512GB untuk pengalaman komputer yang lancar, produk itu juga hadir dengan slot DDR4 dan M.2 tambahan untuk menaiktaraf memori dan storan.

Veriton Vero AIO dilengkapi pengimbas Inframerah (IR) untuk pengecaman muka dan teknologi pintar bersepadu Tobii Aware yang akan dikaburkan secara automatik apabila pengguna beralih tempat, serta mengunci skrin selepas itu. 

‘Peeker detection’ bertindak mengikut klu visual bagi mengingatkan pengguna sekiranya ada seseorang yang melihat daripada belakang skrin, yang mana ia akan menawarkan kaburan skin privasi secara automatik atau mengikut reaksi, bagi meningkatkan aspek privasi. 

Acer Veriton Vero Mini dan Veriton Vero AIO masing-masing dijual pada harga RM3,299 dan RM4,599 pelanggan boleh membuat tempahan dengan menghantar emel ke [email protected]

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Acer Malaysia @AcerMalaysia atau hubungi talian infoline Acer Produk di 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat), atau emelkan kepada [email protected] 

Google ads
Back to top button