Artikel Pilihan

KITT KNIGHT RIDER – APA MODEL YANG PATUT JADI PENGGANTI

Siri Knight Rider sememangnya menjadi igauan buat budak dan bapa budak pada siri TV era 80an, terutamanya pelakon siri utama tersebut yang dibintangi oleh KITT atau nama penuhnya Knight Industries Two Thousand. Watak KITT tersebut telah dilakonkan dengan jayanya oleh Pontiac Trans Am. Penggantinya pernah muncul dan digantikan dengan model Ford Mustang Shelby pada tahun 2008. Agak – agaknya ok tak tiga pilihan hati BK ini sekiranya model ini dijadikan sebagai pengganti KITT?

TESLA ROADSTER

Sebagai pembuat daripada Amerika Syarikat, model ini sudah pasti cukup ngam jika dijadikan sebagai pengganti kepada KITT terbaharu. Testa Roadster ini jelas sekali menampilkan ciri – ciri sebuah Super Car dua pintu yang futuristik. Kereta Elektrik ini mampu bergerak 0 – 100 km/j dalam tempoh kurang dariapda 2 saat! Laju betul ni. Kalau Makcik Bawang punya fitnah.

Model ini dijanakan oleh tiga motor elektrik (satu di hadapan, dua di belakang) dengan bateri 200 kWh. Kalau ikutkan, ianya mampu bergerak sekitar 1000 km. Senang nak kejar penjenayah sekali full charge tak payah berhenti cari stesen minyak. Jelas sekali Tesla Roadster ini merupakan ideal sebagai pengganti apatah lagi dengan ciri bumbung yang boleh dibuka. Senanglah sikit Hero nak melompat masuk dari atas lori penjenayah.

Lexus LC Convertible

Rasanya pembaca juga boleh bersetuju sekiranya model ini turut dijadikan sebagai calon. Mempunyai rekabentuk yang tajam, ianya mempunyai reka bentuk yang sama seperti model awalnya. Lexus LC 500 ini merupakan model kemegahan buat jenama yang asal usulnya daripada Jepun. Sama seperti Tesla Roadster, ini juga merupakan model baharu yang agak baharu juga.

Bahagian nampak garang, bahagian belakang pun begitu juga. Lexus LC ini menggunakan trenkuasa daripada enjin 5.0 liter V8, ianya mampu menghasilkan kuasa maksimum 471 HP dan tork 398 Nm. Model yang dipasangkan di kilang Toyota Motomachi sebenarnya turut berkongsi kilang pengeluaran dengan model Lexus LFA. Satu perkara menarik tentang model ini, ianya turut dilengkapi dengan sistem HVAC yang berupaya mengawal suhu dalaman kereta, sama ada mahu sejuk atau panas. Kira nak mengejar penjenayah sambil membuka bumbung waktu musim sejuk pun bukanlah suatu masalah kiranya.

TVR Griffith

Model Sport ini BK yakin ramai yang tidak mengenalinya. Model buatan British oleh firma TVR Automotive ini agak baharu sahaja menemui pengganti untuk generasi kedua setelah model awalannya bermula daripada tahun 1991 sehingga tahun 2002.

TVR Griffith ini telah direka oleh Gordon Murray, seorang pereka jentera F1 dan juga kereta jalanan untuk Mclaren F1. Jadi, sudah tentu rekaan TVR Griffith ini kelihatan agak radikal. Mata kasar nampak macam kereta ini terlebih panjang di hadapan tapi sebenarnya ianya mempunyai imbangan berat 50:50 menjadikan kereta ini cukup sedap untuk dipandu laju sambil meratah selekoh.

Berat kereta ini juga hanya 1250 kg, dijanakan pula enjin 5.0 liter Cosworth Ford Coyote V8 ianya mampu menghasilkan kuasa 500 HP. Memang laju juga kiranya. Kiranya watak hero kedua yang memandu tak perlu tekan sangat pedal minyak sambil berdiri untuk mengejar penjenayah.

Oh ya, sekiranya ada yang bertanya mengapa BK tidak memasukkan kereta model terkini daripada keturunan Pontiac, jawapannya mudah. Kerana semenjak duduk di bawah naungaun Kumpulan GM, tiada lagi pengganti. Yang ada pun saudara terdekatnya si Chevrolet Camaro, itu pun dah berlakon sebagai Bumblebee.

BACA : KITT MILIK DAVID HASSELHOFF INI BERNILAI LEBIH DARI USD1 JUTA

BACA : INI PELUANG BAIK UNTUK MEMILIKI KITT ORIGINAL DARI SIRI KNIGHT RIDER

Google ads

B K

Back to top button