" "
Artikel PilihanBuletin

KITT MILIK DAVID HASSELHOFF INI BERNILAI LEBIH DARI USD1 JUTA

Kelebihan kereta yang menjadi watak utama drama keluaran Hollywood ialah ia sentiasa menjadi buruan ramai dan mampu dijual dengan nilai tinggi setiap kali menyertai acara lelongan. Tengok sahaja Ford Mustang yang digunakan oleh Steve McQueen dalam filem Bullit. Mahal bukan? Kenapa kereta yang dah keluar filem tempatan tak capai tahap tu?

Tapi kali ini kita mungkin berpeluang untuk memiliki KITT dari siri popular Knight Rider yang memang sangat popular di kalangan mereka yang membesar pada tahun 80-an. Lagi satu, ini bukan model replika tetapi real punya kerana ia dimiliki oleh David Hasselhoff, pelakon utama Knight Rider. Tak kenal ke? Alah sekarang dia dah buka baju dah, sejak berlakon siri Baywatch.

Sekarang anda berpeluang memiliki sebuah KITT yang original (asalkan cukup duit). Ini kira impian masa kecil yang mungkin akan menjadi kenyataan.

Bagi generasi sebaya kami, KITT ataupun nama penuhnya Knight Industries Two Thousand memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Diasaskan daripada model Pontiac Trans Am, KITT merupakan watak paling penting siri Knight Rider kerana mempunyai sistem AI yang membolehkannya berkomunikasi dengan manusia menggunakan suara.

Walaupun dilabelkan sebagai berfungsi sepenuhnya tapi jangan pula ingat ia sama seperti dalam filem. Jangan mengada-ngada nak buat aksi melompat ataupun meredah lahar gunung berapi.

Laman lelongan menganggarkan kereta ini akan mencecah nilai antara USD175,000-300,000 tetapi buat masa sekarang nilai bidaan sudah mencecah USD975,000 dengan 21 orang pembida aktif. Perghh…gila ah.

Sebagai bonus untuk pemenang, kereta ini akan dihantar ke rumah pemenang oleh David Hasselhoff sendiri. Fuyyoo, pemilik baru mesti gembira dan isteri pemilik baru mesti laaagi gembira.

Masalahnya satu je, kereta ni ada di UK dan pemenang perlu menanggung sendiri kos pengangkutan. Alah, masalah kecil je kot kalau dah mampu membeli kereta yang bernilai lebih USD1 juta! RM4 juta lebih tu.

Google ads
Back to top button