Buletin

LEXUS LC 500 2020. RM1.25 JUTA. LEBIH RINGAN, KUASA 470HP

Lexus Malaysia baru-baru ini  melancarkan model LC 500 2020 pada harga RM1.25 juta. Jentera premium terbaharu itu masih mengekalkan rupa bentuk sporty yang menawan.

Begitupun, ia didatangkan dengan dua pilihan warna tambahan Blazing Carnelian Contrast Layering (oren) dan Terrane Khaki Mica Metallic (hijau zaitun).

Lexus telah memberi penekanan khusus dalam model terbaharu ini untuk memberi keselesaan, keselamatan dan pengendalian.

Antara pembaharuan yang diperkenalkan termasuk berat model terbaharu ini telah dikurangkan sebanyak 10 kilogram dengan penggunaan aluminium pada suspensi.

Selain itu, ia memiliki anti-roll bar berdiameter lebih besar, spring berkekuatan tinggi dan rim 21 inci yang lebih ringan.

Di bahagian kabin, Lexus memberi pilihan untuk memilih kemasan warna merah, hitam atau jingga.

Sistem infotainmen Remote Touch pada LC 500 kini datang dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Ia ia dipaparkan pada skrin 10.3 inci yang lebih besar dengan resolusi 1280 x 480 piksel.

Terdapat juga ciri Power Easy Access yang membantu pemandu untuk masuk dan keluar dengan melaras tempat duduk serta stereng secara automatik.

Lexus LC 500 didatangkan dengan enjin V8 berkapasiti 5.0 liter yang mampu menjana kuasa 470hp dan tork maksimum 540Nm. Ia berupaya memecut dari 0-100km/j dalam tempoh 4.4 saat sahaja.

Dari segi pengendalian pula, LC 500 menggunakan penyerap hentak berprestasi tinggi yang baru di bahagian belakang, serta sistem Adaptive Variable Suspension (AVS) yang diperbaharui.

Ia turut dilengkapi dengan fungsi Active Cornering Assist (ASA) – pembahagian tork menggunakan brek. Manakala sistem stereng (termasuk Rear-wheel Steering) telah ditambah baik untuk memberi tindak balas yang lebih mantap.

GALERI

Google ads
Back to top button