Buletin

TIGA TESLA ROADSTER DIJUMPAI TERBIAR DALAM KONTENA DI CHINA, MILEAGE KOSONG KM!

Sebanyak tiga buah Tesla Roadster telah dijumpai tersorok di dalam kontena di China, dan dilapor terbiar sejak dari tahun 2010 lagi.

Dua daripada model Roadster itu merupakan model Sport berwarna Radiant Red dan Very Orange, sementara sebuah lagi model Very Orange merupakan varian asas Roadster.

Syarikat Gruber Motors Company merancang untuk membawa ketiga-tiga unit tersebut ke Amerika Syarikat pada pertengahan Mei ini sekiranya mereka tidak menemukan sebarang pembeli yang berminat.

Disebabkan ketiga-tiga model tersebut terbiar selama lebih 13 tahun tanpa dipandu, terdapat kemungkinan besar ia akan mengalami masalah kemerosotan yang serius.

Buat masa ini, pihak Gruber membuka peluang kepada mana-mana pihak untuk membeli model Roadster tersebut di dalam satu pakej.

Google ads
Back to top button