
GUNA TANGKI GAS ROADSTER 5 SAAT, KOS BOLEH CECAH RM2250
Varian Thrust Tesla Roadster dilaporkan hanya mampu memberikan boost sekitar 5 saat sebelum tangki gas perlu diisi semula, menurut InsideEVs. Buat masa ini, proses isian semula tangki nitrogen daripada bekalan bertekanan tinggi mengambil masa antara 2 hingga 6 jam, tetapi Tesla menyasarkan untuk memendekkan tempoh tersebut kepada bawah 30 minit bagi tangki 200 liter variabn Thrust
Laman tempahan Tesla menyenaraikan tiga varian iaitu Performance, Thrust dan Rocket dan semuanya dilengkapi kipas penjana downforce. Varian Performance tiada ciri thruster tetapi mempunyai ruang bagasi, manakala varian Thrust menambah empat booster berorientasikan belakang yang dibekalkan oleh tangki di belakang ruang penumpang dan mengorbankan ruang bagasi.
Varian Rocket pula mendapat keseluruhan 10 unit thruster termasuk untuk berlepas dan gerakan di udara, serta bekas tekanan tambahan 400 liter yang menggantikan tempat duduk penumpang sehingga menjadikannya kenderaan satu tempat duduk dengan jumlah kapasiti tangki 600 liter.
Sistem thruster yang digunakan ialah cold thruster yang melepaskan gas termampat untuk menolak kereta ke hadapan serta menambah pecutan tanpa memerlukan tayar. Kaedah isian semula gas juga masih tidak jelas kerana dalam video Top Gear, Lars Moravy selaku VP Kejuruteraan Kenderaan Tesla menyatakan sambungan ke bekalan nitrogen tekanan tinggi luaran.
Kenyataan itu berbeza dengan dakwaan Elon Musk bahawa Roadster boleh mengisi semula tangkinya sendiri dengan udara tanpa propelan khas, dan memandangkan video tersebut dirakam sebelum pelancaran, Moravy mungkin menerangkan persediaan semasa manakala Musk mungkin menjanjikan keupayaan masa depan.
Dari segi kos, Tesla belum mengumumkan kos sebenar untuk mengisi semula tangki nitrogen Roadster. Satu analisis dari China menganggarkan kos untuk mengisi penuh sistem tangki 600 liter pada varian Rocket dalam lingkungan beberapa ratus yuan, atau secara konservatifnya sekitar 500 yuan yang kira-kira bersamaan RM300 hingga RM350.
Anggaran itu bukan sekadar harga gas, tetapi merangkumi kehausan tangki komposit, susut nilai peralatan tekanan tinggi dan kos tenaga kerja, kerana proses pengisian memerlukan stesen nitrogen khusus yang mampu memampatkan gas sehingga tekanan melampau 10,000 psi ke dalam bekas tekanan komposit.
Satu lagi hantaran di laman Facebook mendakwa kos isian semula boleh mencapai antara RM 2250 sehingga RM 9000 bagi isian semula. Namun dakwaan hantaran di lama Teslainsider ini masih tidak dapat disahkan.




