Buletin

STELLANTIS KINI SUDAH RASMI. MAHU FOKUS KEPADA ELEKTRIFIKASI DAN PASARAN CHINA

Fiat Chrysler (FCA) dan PSA akhirnya memuktamadkan penggabungan mereka untuk membentuk Stellantis, kumpulan auto keempat terbesar di dunia.

Pakatan itu dikatakan mempunyai dana cukup untuk membiayai peralihan kepada pemanduan elektrik serta bersaing dengan Toyota dan Volkswagen.

Usaha penggabungan bernilai AS$52 bilion (RM210 bilion) itu mengambil masa selama lebih setahun, ketika ekonomi dunia teruk dibadai pendamik COVID-19.

FCA dan PSA mengumumkan rancangan untuk bergabung pada Oktober 2019 dalam usaha membentuk satu pakatan dengan jualan tahun mencecah 8.1 juta unit kenderaan.

Saham Stellantis yang akan diketuai oleh Ketua Eksekutif PSA, Carlos Tavares mula didagangkan hari ini di Paris dan Milan, dikuti oleh New York pada Selasa.

Penganalisis dan pelabur kini memberi fokus tentang apakah pelan Tavares untuk menangangi cabaran besar yang dihadapi oleh Stelllantis. Misalnya kapasiti produksi yang berlebihan dan prestasi kurang memberangsangkan di China.

FCA dan PSA sebelum ini memaklumkan bahawa Stellantis boleh menjimatkan kos tahunan sebanyak AS$6.1 bilion (RM24.7 bilion) tanpa perlu menutup sebarang kilang.

Sama seperti semua pengeluar lain, Stellantis perlu melabur berbilion dollar untuk menukar kenderaannya bagi memasuki era elektrik.

Ketua Pegawai Ekekutif FCA, Mike Manley yang akan mengetuai operasi Stellantis di Amerika Utara menyatakan 40 sinergi pakatan itu datang dalam entuk penyatuan platform, rangkaian kuasa dan mengoptimumkan pelaburan R&D.

35 peratus daripada penjimatan pembelian. Manakala 7 peratus lagi penjimatan melibatkan operasi jualan dan perbelanjaan umum. – Reuters

Google ads
Back to top button