
MCLAREN 788HS – PENUTUP ERA 720S, 750S DAN 765LT, 788 PS, HANYA 200 UNIT
McLaren memperkenalkan 788HS, evolusi terakhir dan paling berkuasa bagi keluarga kereta super yang bermula dengan 720S, sebelum diteruskan oleh 765LT dan 750S.
Model ini dibangunkan sebagai kemuncak kepada siri tersebut dengan menggabungkan peningkatan kuasa, aerodinamik, casis serta pilihan personalisasi yang lebih meluas menerusi McLaren Special Operations (MSO).
Lencana HS (High Sport) hanya diberikan kepada model produksi McLaren yang paling istimewa.
Sebelum ini, gelaran tersebut hanya pernah digunakan pada MP4-12C HS dan MSO HS, menjadikan 788HS model ketiga menerima nama berprestij itu.
Pengeluaran dihadkan kepada hanya 200 unit di seluruh dunia dengan pembahagian sama rata antara varian Coupe dan Spider.
Setiap unit pula dibina mengikut spesifikasi pelanggan menerusi MSO, menjadikan setiap 788HS tampil dengan identiti tersendiri.
Enjin V8 4.0 liter 788 PS

Kuasa dijana oleh enjin M840T V8 4.0 liter turbo berkembar yang menghasilkan 788 PS pada 7,500 rpm dan 800 Nm pada 5,500 rpm, selain mampu berputar sehingga 8,500 rpm.
Enjin itu turut dilengkapi omboh tempa ringan, pengecas turbo twin-scroll berinersia rendah serta dua pam bahan api bagi memastikan penghantaran kuasa lebih pantas dan konsisten.
Dipadankan dengan berat kering hanya 1,265 kg, 788HS menawarkan nisbah kuasa kepada berat 623 PS satu tan, iaitu yang tertinggi pernah dicapai dalam keluarga 720S, 750S dan 765LT.
Prestasi:
- 0-100 km/j: 2.8 saat.
- 0-200 km/j: 7.0 saat.
- Kelajuan maksimum: 330 km/j.
McLaren turut memberikan talaan khas pada cagak enjin (engine mount) bagi meningkatkan hubungan antara pemandu dan rangkaian kuasa tanpa menjejaskan keselesaan pemanduan jarak jauh.
Aerodinamik Paling Canggih

Menurut McLaren, 788HS menerima pakej aerodinamik paling canggih pernah dibangunkan untuk platform siri ini.
Semua komponen baharu diperbuat daripada gentian karbon dan berjaya meningkatkan daya mendap sebanyak 10 peratus berbanding 765LT, tanpa menjejaskan keseimbangan casis serta dinamik pemanduan.
Antara komponen utama ialah:
- Pemisah depan pelbagai zon hadapan (front splitter).
- Bonet dengan saluran S-Duct.
- Spoiler belakang aktif yang lebih tinggi.
- Difuser belakang diinspirasikan Formula 1.
- Panel bawah sayap (under-wing) berlubang bagi meningkatkan penyejukan trenkuasa dan kecekapan aerodinamik.
Bagi varian Coupe, kemasan hitam berkilat turut merangkumi roof scoop, manakala pelanggan boleh memilih pakej Visual Carbon Fibre yang meliputi keseluruhan panel badan dalam kemasan berkilat atau satin.
Casis Monokok Gentian Karbon

788HS dibina menggunakan casis monokok gentian karbon bersama sistem suspensi hidraulik bersambung Proactive Chassis Control III yang menerima talaan khusus.
Antara penambahbaikan yang dilakukan ialah:
- Suspensi talaan khas.
- Penyerap hentak adaptif.
- Bahagian hadapan direndahkan 5 mm berbanding 750S.
- Kawalan badan, ketepatan stereng dan respons lebih baik.
Hasilnya, 788HS menawarkan pengendalian yang lebih tepat di litar tanpa mengorbankan keselesaan ketika digunakan di jalan raya.
Brek Senna dan Rim Kunci Tengah Pertama

Sistem brek menggunakan cakera seramik karbon yang diambil daripada McLaren Senna, dipadankan dengan angkup hadapan aluminium monoblok tempa enam omboh serta saluran penyejukan brek berinspirasikan kereta lumba.
Selain meningkatkan kuasa membrek dan rasa pada pedal, sistem itu juga menawarkan prestasi yang lebih konsisten ketika pemanduan berintensiti tinggi.
Buat pertama kali dalam keluarga supercar ini, McLaren turut memperkenalkan sistem rim kunci tengah (centre-lock), dipadankan dengan rim aloi tempa super lightweight baharu bagi mengurangkan berat tidak berpegas.
Bunyi V8 Lebih Garang

788HS menerima sistem ekzos titanium empat muncung (quad-exit) yang telah ditala semula bagi menghasilkan bunyi lebih lantang dan agresif, termasuk karakter bunyi yang lebih garang ketika enjin dihidupkan.
Teknologi aruhan dan exhaust sound symposer turut dipertingkatkan bagi membolehkan bunyi enjin V8 turbo berkembar disalurkan dengan lebih jelas ke dalam kabin.
Kabin Berorientasikan Pemandu

Ruang dalaman mengekalkan konsep berorientasikan pemandu dengan penggunaan konsol tengah gentian karbon ringan.
Antara ciri eksklusif yang ditawarkan ialah:
- Logo HS khas.
- Corak perforasi tempat duduk unik.
- Plak identiti bagi setiap unit pengeluaran.
- Paparan meter dipasang pada lajur stereng.
- Kawalan mod Powertrain dan Handling pada stereng.
- McLaren Infotainment System II.
- McLaren Control Launcher (MCL).

Spesifikasi ringkas McLaren 788HS
Enjin
- V8 4.0 liter M840T turbo berkembar.
- 788 PS pada 7,500 rpm.
- 800 Nm pada 5,500 rpm.
- Putaran maksimum 8,500 rpm.
- Omboh tempa ringan.
- Turbo twin-scroll berinersia rendah.
- Dua pam bahan api.
Casis dan Badan
- Casis monokok gentian karbon.
- Pakej aerodinamik HS sepenuhnya daripada gentian karbon.
- Berat kering 1,265 kg.
- Nisbah kuasa kepada berat 623 PS satu tan.
- Pilihan badan penuh Visual Carbon Fibre dalam kemasan berkilat atau satin.
Aerodinamik
- Pemisah depan pelbagai zon.
- Bonet S-Duct.
- Spoiler belakang aktif.
- Panel bawah sayap berlubang.
- Difuser diinspirasikan Formula 1.
- Daya mendap meningkat 10 peratus berbanding 765LT.
Suspensi
- Proactive Chassis Control III.
- Suspensi talaan khas.
- Penyerap hentak adaptif.
- Bahagian hadapan 5 mm lebih rendah berbanding 750S.
Brek
- Cakera brek seramik karbon daripada McLaren Senna.
- Angkup hadapan monoblok aluminium tempa enam omboh.
- Saluran penyejukan brek bersepadu.
Rim
- Aloi tempa super lightweight
- Sistem centre-lock.
Prestasi
- 0-100 km/j: 2.8 saat.
- 0-200 km/j: 7.0 saat.
- Kelajuan maksimum: 330 km/j.


























