Artikel Pilihan

S1 LM IALAH MCLAREN F1 MODEN DARI GORDON MURRAY – INI BARU SPESIAL

Siapa tak kenal dengan Gordon Murray pernah menghasilkan supercar terbaik dunia satu ketika dahulu; McLaren F1. Kini beliau kembali dengan sebuah model istimewa ultra terhad sebagai memperingati kejayaan McLaren dalam perlumbaan Le Mans 24-jam 1995.

Sebagai pereka automotif ternama, Gordon Murray tidak perlu membuktikan apa-apa kepada sesiapa pun sebenarnya. Tapi itu bukan halangan untuk beliau terus berkarya. Hasilnya lahirlah buah tangan terbaru yang dinamakan Gordon Murray Special Vehicles S1 LM. Ini jelmaan terbaru McLaren F1 GTR yang pernah dihasilkan beliau lebih sedekad dahulu.

Gordon Murray Automotive telah menggunakan asas rekaan dari T.50 dalam menghasilkan S1 LM. Ia kemudian dikemaskan dengan rekaan panel luaran yang kelihatan seakan-akan F1 GTR yang pernah menguasai Le Mans 24-jam satu ketika dahulu.

Ia dilengkapi dengan corong kemasukan udara pada bahagian bumbung, empat paip ekzos di tengah-tengah dan rekaan spoiler yang ikonik. Kesemuanya serba baharu tapi masih mengekalkan ciri klasik.

Murray memang mahukan rekaan yang malar hijau. Mereka bukan mahu menghasilkan kereta untuk menjuarai perlumbaan tapi pada masa yang sama menjejaskan keseimbangan, rupa paras dan rekaan badan. Hasilnya lahir sebuah kereta yang bakal menjadi malar hijau dan pada masa yang sama, cantik.

S1 LM menggunakan suspensi baharu yang lebih ringan dan keras, tayar yang lebih lebar dan sistem penyejuk yang dipertingkatkan. Ia membantu prestasi di dalam litar dan dari sudut ketahanan. Satu lagi kelebihan jika beraksi di atas di litar ialah kelengkapan seperti splitter hadapan dan diffuser belakang yang memberikan downforce pada kelajuan sesuai.

Kuasa S1 LM lebih tinggi dari T.50 dan mencecah 690 hp selepas dinaik taraf. Kuasa itu kemudian disalurkan ke tayar belakang menggunakan kotak gear manual enam kelajuan. Ya, manual tuan-tuan. Ini memang bukan untuk generasi Z dengan kemahiran gear auto.

Sistem ekzos Inconel dibalut dengan lapisan emas 18-karat untuk melindunginya dari bahang haba yang tinggi.

Hanya lima unit S1 LM bakal dihasilkan dan ia dikatakan halal untuk kegunaan di jalan raya biasa. Mantap ah. Harganya je belum diumumkan tapi kami rasa ia semestinya lebih tinggi dari T.50 yang bernilai USD3.5juta!

Google ads
Back to top button