Motosikal

KRONREIF & TRUNKENPOLZ MATTIGHOFEN DENGAN RASMINYA JADI MILIK BAJAJ 

Jenama motosikal gergasi Eropah, Kronreif & Trunkenpolz Mattighofen atau lebih dikenali sebagai KTM dengan rasminya mengumumkan Bajaj Auto sebagai pemilik baharu jenama itu. 

Perkembangan terbaru itu menyaksikan KTM akan melangkah ke masa depan baharu selepas Bajaj Auto menyempurnakan proses pengambilalihan baru-baru ini. 

Selepas krisis kewangan melanda kem KTM, syarikat itu berdepan pelbagai ketidaktentuan sehinggakan pelancaran beberapa model baharu terpaksa ditangguhkan termasuk KTM 990 RC R. 

Bagaimanapun, segala ketidakpastian itu telah pun berakhir dengan Pierer Moblity AG mengesahkan Bajaj Auto International Holdings B.V kini memegang saham terbesar dalam Pierer Mobility AG yang turut merangkumi Husqvarna dan GasGas. 

Terdapat dua perubahan utama yang berlaku dari pengambilalihan ini. Pertamanya, Pierer Bajaj AG akan dinamakan semula kepada Bajaj Auto International Holdings AG manakal Pierer Mobility AG akan bertukar kepada Bajaj Mobility AG. 

Untuk rekod, Bajaj telah membelanjakan EUR800 juta (RM3.824 bilion) pada bulan Mei lalu dalam usaha menyelamatkan KTM dari krisis kewangan sekaligus menyempurnakan pengambilalihan saham sebanyak 74.9 peratus. 

Google ads
Back to top button