
KTM 160 DUKE SERBA BAHARU DIUMUMKAN – 18.7HP, 15.5NM
KTM dengan rasminya memperkembangkan keluarga Duke dengan pelancaran KTM 160 Duke di India.

Menurut KTM, 160 Duke ini dipacu enjin satu silinder yang diambil dari 200 Duke namun dengan bore yang telah dikecilkan kepada 164.2cc. Hasilnya, enjin ini berupaya menjana 18.7hp pada 9,500rpm dan 15.5Nm pada 7,500rpm. Kuasa pula dikawal selia oleh transmisi manual 6-kelajuan dengan bantuan klac assist/slipper.
Untuk rekod, 160 Duke, 200 Duke, 250 Duke dan 390 Duke dihasilkan sepenuhnya oleh Bajaj di India dengan gergasi motosikal India itu kini merupakan pemegang saham terbesar KTM.

Selain itu, rata-rata komponen utama juga diambil dari 200 Duke termasuk kerangka steel trellis, fork USD (upside/down) oleh WP dan monoshock WP di belakang dengan pelarasan pra-beban.
Pakej brek pula merangkumi cakera brek tunggal 320mm depan dan 230mm belakang yang dipadankan bersama brek ByBre. ABS dwi-saluran juga didatangkan secara standard.

Antara perincian lain ditawarkan termasuk:
- skrin digital LCD
- pencahayaan LED penuh
- ABS dengan off-road ABS
- KTM Connect App dengan fungsi navigasi turn-by-turn
- tangki 10.1L
- berat 147kg

Bagi pasaran India, KTM 160 Duke ini hadir dengan tiga warna pilihan; Electronic Orange, Atlantic Blue dan Silver Metallic Matte.
GALERI: KTM 160 DUKE 2026






















