
KTM NAIK TARAF 690 SMC R DAN 690 ENDURO R BAGI TAHUN 2026 – 77.9HP, 73NM
KTM kembali membuat kenyataan memberangsangkan bagi tahun 2026 dengan memperkenalkan KTM 690 SMC R dan 690 Enduro R baharu.
KTM 690 Enduro R

Bagi tahun 2026, KTM mengemaskini enjin satu silinder LC4 bagi mencapai emisi Euro 5+ terbaru.
Senario itu menyaksikan beberapa komponen dinaik taraf antaranya crankcase, klac serta sistem suntikan bahan api baharu yang didakwa meningkatkan ketahanan dan prestasi enjin.

Naik taraf tidak terhenti disitu dengan KTM turut memberi nafas baharu kepada pengalaman menunggang dengan paparan meter TFT 4.2-inci serba baharu selain switchgear baharu, pengecas USB-C dan pencahayaan LED penuh.

Pakej elektronik juga dipertingkat dengan ciri berikut:
- Cornering ABS
- Cornering MTC (traction control)
- Dynamic Slip-Adjust
Pakej suspensi pula terdiri dari fork USD WP XPLOR 47 di bahagian depan dan penyerap hentak WP XPLOR boleh laras sepenuhnya di belakang.
KTM 690 SMC R

Enjin pada KTM 690 SMC R juga menerima naik taraf yang sama dengan platfom LC4 692.7cc itu kini menawarkan 77.9hp dan 73Nm berbanding 74hp sebelum ini.
Versi supermoto ini juga menerima naik taraf yang sama seperti Enduro R termasuk skrin TFT berwarn 4.2-inci dan switchgear baharu. Pakej elektronik turut dipertingkat dengan Cornering ABS dan Cornering MTC.

Bahagian casis turut dipertingkat dengan kerangka trellis kini lebih kukuh berbanding model sebelumnya. Pakej suspeni pula terdiri dari fork USD WP APEX 48 dengan fungsi berlainan dengan compression di bahagian kiri dan rebound di bahagian kanan. Kedua-duanya boleh diselaraskan secara mudah menerusi dial di atas tiub fork.

Penyerap hentak WP APEX di bahagian pula disambungkan kepada swingarm melalui lingkage dan menawarkan pelarasan penuh. Brek pula terdiri dari Brembo M4.32 monoblock yang dipadankan bersama cakera brek 320mm depan dan 240mm belakang.
Kedua-dua model berkongsi kapasiti tangki yang sama, 13.3L dan berat masing-masing juga diletakkan pada 162kg (dengan tangki penuh).
GALERI: KTM 690 SMC R 2026














GALERI: KTM 690 ENDURO R 2026


















