
HOS TOP GEAR TERBABAS PANDU LAMBORGHINI DIABLO KETIKA PENGGAMBARAN
Boleh menangis jadi hos permotoran. Ini yang terjadi kepada hos program Top Gear, Paddy McGuinness apabila jentera Lamborghini Diablo dipandunya terbabas ketika penggambaran.
Dalam kejadian pada Selasa lalu, tiga hos program berkenaan Chris Harris, Andrew Flintoff dan Mcguiness sedang menjalani penggambaran mengenai supercar ikonik tahun 1980-an dan 1990-an.
Bagaimanapun, jentera yang dipandu Mcguiness telah tergelincir dari jalan dan terbabas sehingga mengakibatkan Lamborghini Diablo berkenaan mengalami kerosakan.
McGuinness bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mengikut gambar yang tersebar, jentera berkenaan mengalami kerosakan di bahagian bampar belakang dan depan.

Menurut jurucakap BBC kepada express.co.uk, jentera Mcguiness telah tergelincir dan terbabas sehingga ia terhenti dalam penggambaran yang dilakukan di North Yorkshire.
“Dia telah dibawa oleh unit produksi untuk pemeriksaan perubatan dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Insiden it juga tidak melibatkan kenderaan lain. Pasukan polis yang berada di lokasi kejadian dan memantau sesi penggambaran bertindak pantas memberi bantuan.
“Keselamatan merupakan keutamaan pasukan produksi Top Gear dan jentera berkenaan dipandu mengikut kelajuan dibenarkan,” katanya. – agensi
- BACA: UMUR BARU 5 TAHUN TAPI DAH PANDU KERETA IBU UNTUK BELI LAMBORGHINI – TABAH KAU NAK
- BACA: LAMBORGHINI PUN BUAT TOPENG DAN PELINDUNG MUKA ATASI COVID-19!
- BACA: LAMBORGHINI RECALL AVENTADOR SVJ COUPE & ROADSTER. PINTU TAK BOLEH BUKA DARI DALAM
- BACA: LAMBORGHINI HURACAN PUTIH BERTUKAR KUNING, PENGEDAR DISAMAN





