Buletin

MASIH BAU KEDAI. LAMBORGHINI HURACAN PERFORMANTE DAH TOTAL LOSS

Baru sahaja 20 minit keluar dari bilik pameran, sebuah supercar Lamborghini remuk di lebuh raya akibat dirempuh van.

Huracan Performante berharga £215,000 (RM1.1 juta) yang berhenti di lorong tiga M1 berdekatan Leeds, Yorkshire, UK itu dihentam teruk di bahagian belakang.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 petang di lebuh raya antara Junction 40 di Flushdyke dan Junction 39, Durkar.

Seorang jurucakap polis mendakwa pemandu van tidak mengalami kecederaan serius di bahagian kepala selepas merempuh belakang supercar tersebut.

Polis Trafik West Yorkshire, Richard Whitely  memuat naik gambar keadaan total loss supercar terbabit di Twitter.

“Ia hanya sebuah kereta! Begitupun, dalam situasi ini, Lamborghini baru 20 minit berhenti disebabkan masalah teknikal di lorong tiga dan dilanggar dari belakang oleh kenderaan lain. #bolehmenangis,” tulisnya.

Kemalangan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di lebuh raya sebelum ia dibuka semula pada pukul 2.15 petang. – Daily Star.

Google ads
Back to top button