" "
Buletin

LAMBORGHINI PERKENAL KOLEKSI WARNA TERANG HURACAN EVO FLUO CAPSULE

Automobili Lamborghini baru-baru ini memperkenalkan koleksi warna terang baharu yang didatangkan dalam kemasan matt kepada pelanggannya.

Dikenali sebagai Huracán EVO Fluo Capsule, pelanggan boleh memilih warna dan kemasan dalaman secara percuma. 

Diinspirasikan daripada tradisi warna terang yang meningkatkan lagi garis badan pada model-model Lamborghini, koleksi warna Huracán EVO Fluo menampilkan skema warna luaran dua warna. Ia didakwa dapat menyerlahkan lagi rupa supercar dengan enjin V10 itu di atas jalan raya. 

Lima konfigurasi tona luaran dan dalaman yang terdiri daripada warna hijau, oren, biru dan kuning digabungkan bersama bumbung, bampar hadapan serta skirting sisi berwarna hitam matt.  

Hadir dengan ruang kabin berwarna hitam, pelanggan boleh memilih tempat duduk spoty bersama material Alcantara atau kulit uniwarna dan kemasan EVO Sportivo.

Penutup butang Start/Stop dan lambang Lamborghini akan disulam pada perehat kepala mengikut warna luaran. 

Ia memberikan kontras yang menarik dan berbeza. Warna Huracán EVO Fluo Capsule ditawarkan model Huracán EVO tahun 2021.

Google ads
Back to top button