Buletin

HONDA NAK BANGUNKAN SUV NSX. LAWAN LAMBORGHINI URUS

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Honda mengambil keputusan untuk tidak lagi menawarkan model supercar NSX di pasaran Australia. 

Menurut data tempatan, hanya sembilan unit NSX berjaya dijual sejak ia dilancarkan pada tahun 2016.

Ketika dihubungi, Honda Australia mengesahkan keputusan tersebut dan memberitahu CarAdvise bahawa tempahan baharu NSX tidak lagi diterima. NSX bagaimanapun masih dijual di pasaran Amerika Syarikat dan United Kingdom. 

Kini, timbul pula khabar angin dari Jepun yang menyatakan Honda mungkin mempunyai pelan untuk membangunkan sebuah SUV berdasarkan kepada supercar hibrid berkenaan.

Media Best Car Web di Jepun melaporkan Honda ingin membina sebuah SUV sports untuk menjadi pesaing kepada Lamborghini Urus dengan kebanyakan teknologinya diambil daripada NSX. 

Jentera itu mungkin akan menggunakan enjin turbo berkembar V6 bersesaran 3.5 liter yang mampu menjana kuasa 572hp dan tork maksimum 646Nm. 

Enjin itu akan diletakkan di hadapan dan kuasa disalurkan ke roda belakang, manakala mtor-motor elektrik akan menjadikan NSX sebuah kenderaan pacuan semua roda. 

Apa pun, ia kini hanya dalam fasa perancangan. Jika menjadi realiti, paling awal NSX SUV menjengah pasaran pun adalah pada tahun 2025.   

Google ads
Back to top button