Buletin

LAMBORGHINI DAN MASTER & DYNAMIC BERKOLABORASI HASILKAN FON KEPALA/TELINGA. HARGA BERMULA RM1,426

Automobili Lamborghini telah bekerjasama dengan jenama audio premium yang berpangkalan di New York, Master & Dynamic untuk menghasilkan rangkaian fon kepala dan telinga. 

Koleksi terbaharu itu terdiri daripada fon kepala tanpa wayar dengan ciri pembatalan hingar aktif MW65 dan fon telinga MW07 PLUS True. Ia mengambil inspirasi eleman rekaan supercar ikonik Itali berkenaan. 

“Sebagai seorang yang obses terhadap kereta sejak kecil lagi, saya sangat kagum apabila melihat Miura buat pertama kali. Perasaan dan keterujaan itu masih ada setiap kali saya melihat Lamborghini. 

“Jadi, menghasilkan sesuatu yang mampu mencetuskan perasaan begitu sentiasa menjadi misi saya di Master & Dynamic,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Master & Dynamic, Jonathan Levine. 

Koleksi pertama itu hadir dalam tiga warna menarik. Fon kepala didatangkan dalam warna perak/kelabu cerah/Alcantara kuning, hitam/Alcantara kuning dan hitam/kelabu/Alcantara kelabu.

Sedia maklum bahawa Alcantara sentiasa digunakan pada bahagian kabin Lamborghini. 

Peranti itu juga menggunakan teknologi pembatalan hingar aktif terkini yang membolehkan pengguna mengubah suai bunyi mengikut persekitaran. MW65 hadir dengan jangka hayat bateri selama 24 jam dan ciri Bluetooth 5.0 bersama ketersambungan sejauh 30 meter. 

Manakala model MW07 PLUS True pula dilengkapi kotak pengecasan besi tahan karat dengan jangka hayat bateri sehingga 40 jam. 

MW65 ditawarkan pada harga ASA$549 (RM2,244) seunit. Manakala MW07 PLUS True berharga AS$349 (RM1,426). Kedua-dua model tersebut boleh didapati di lamborghinistore.com, MasterDynamic.com bermula 20 Oktober 2020. 

Google ads
Back to top button