Buletin

LAMBORGHINI COUNTACH KACUKAN HYUNDAI, LEXUS, SUBARU, SKYLINE GT-R R32

Lamborghini Countach merupakan antara supercar paling ikonik pada tahun 1980-an. Begitupun, ia agak sukar ditemui di pasaran masa kini.

Justeru, seorang pelakon dan pengacara TV, Thailand, Beam telah membikin sendiri jentera Lamborghini Countach.

Ia agak menakjubkan apabila mengetahui komponen-komponen digunakan dalam pembikinan supercar tersebut.

Channel YouTube CB telah menemui lelaki terbabit dalam membongkar lebih terperinci berhubung rekaan Countach Frankenstein terbabit.

Jangan terkejut jentera supercar ini menggunakan casis Hyundai pacuan roda hadapan yang telah dimodifikasi agar dapat menggunakan enjin turbo berkembar V8.

Lebih tepat lagi, Lamborghini Countach ini mendapat khidmat enjin Toyota UZ 4.0 liter V8 yang menjana Lexus LS 400 dengan tambahan dua turbo.

 Selain itu, ia tidak lagi menggunakan pacuan roda hadapan tetapi dimodifikasi menggunakan transmisi manual Subaru dan sistem suspensi daripada Nissan Skyline GT-R R32.

Lamborghini Countach replika ini mendapat sentuhan grafik retro Marlboro yang digunakan jentera F1 menyerlahkan lagi sisi sporty jentera terbabit.

Bagaimanapun, ketika sesi uji pandu Lamborghini Coutach, sebanyak dua kali bahagian hadapan jentera berdepan masalah suspensi.

Ia bukanlah jentera replika pertama Beam, kerana dia memiliki koleksi lain seperti Porsche 550  Spider yang dibangunkan menggunakan casis Volkswagen Beetle dengan khidmat enjin 1.6 liter. – carbuzz

Google ads
Back to top button