Buletin

BOS TESLA ORANG KEDUA TERKAYA DI DUNIA. BERBILION-BILION NILAI KEKAYAAN DIA!!!

Sejak awal tahun, harga saham Tesla telah melonjak sehingga mencecah AS$459.74 (RM1,879) sekali gus menjadikan beberapa orang sangat kaya.

Salah seorang daripada mereka merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla sendiri iaitu, Elon Musk yang dilaporkan sebagai orang kedua paling kaya di dunia.

Menurut Bloomberg, kekayaan bersih Musk bernilai AS$127.9 bilion (RM522.73 bilion) peningkatan sebanyak AS$100.3 bilion (RM409.93 bilion) dalam tempoh kurang satu tahun.

Laporan berkenaan turut mengatakan Musk telah mengatasi pengasas bersama Microsoft, Bill Gates untuk menjadi orang kedua paling kaya di dunia.

Begitupun, pengasas Amazon, Jeff Bezos masih mengekalkan kedudukan sebagai manusia paling kaya di dunia.

Jika Gates tidak menyalurkan sumbangan kepada kebajikan sebanyak AS$27 bilion (RM 110.35 bilion), dia masih mendahului kekayaan Musk.

Bloomberg berkata, kira-kira tiga perempat kekayaan Musk diperoleh daripada sahamnya di Tesla. Syarikat terbabit memiliki nilai keseluruhan permodalan pasaran melebihi AS$500 bilion (RM2043.50 bilion).

Ia mengatasi gabungan permodalan pasaran tiga syarikat gergasi iaitu Ford, General Motors dan Daimler.

Dalam pada itu, Musk turut memiliki pegangan saham dalam SpaceX tetapi ia tidaklah banyak membantu dalam penambahan kekayaannya seperti di Tesla.

Satu unit saham Tesla melonjak sebanyak 6.6 peratus pada Isnin lalu dan 5.1 peratus hari berikutnya kepada AS$548.53 (RM2,241) menjadikan peningkatan melebihi 523 peratus pada tahun ini. – carscoops.

Google ads
Back to top button