
ROLLS-ROYCE GHOST LANGGAR LAMBORGHINI URUS. POLIS PERLI PEMANDU LARIKAN DIRI
Bukan selalu dapat melihat kemalangan melibatkan nilai kerosakan yang begitu tinggi apatah lagi di bandar kecil seperti Walsall berkdekatan Birmingham, United Kingdom.
Bahkan, terdapat drama di sebalik kemalangan melibatkan dua jentera mewah Rolls-Royce Ghost dan Lamborghini Urus.
Difahamkan, pemandu jentera Rolls-Royce Ghost yang bertanggungjawab terhadap kemalangan berkenaan melarikan diri.
Menurut Polis West Midlands, selain daripada kenderaan, lelaki berkenaan turut meninggalkan beberapa bentuk pengenalan seperti foto.
Ia sekali gus memudahkan proses menjejaki lelaki tersebut dan perlu menjawab bagaimana kemalangan boleh berlaku.
“Baiklah … ia merupakan kemalangan yang mahal. Saya tertanya-tanya apakah kos atau sebab mengapa pemandu Rolls meninggalkan tempat kejadian?
“Bagaimanapun, kami memiliki fotonya dan akan segera bertanya kepada dia.
“Jelas sekali, pemandu tidak memandu mengikut peraturan dan tidak dapat mengendalikan jentera seperti ini,” kata ciapan Twitter polis. – autoevolution