Buletin

SYARIKAT HENYAK PELAJAR PRAKTIKAL SAMPAI LUNYAI, TAK BAYAR ELAUN – PINJAM DUIT BAYAR SEWA, MINYAK MOTOSIKAL

Kisah seorang pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IPT) mencuri perhatian netizen, apabila mengakui terpaksa meminjam wang rakan-rakannya kerana tidak dibayar elaun sepanjang menjalani latihan industri.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna Twitter @faridaffy yang memaklumkan pelajar tersebut menjalani latihan industri di sebuah syarikat baharu dibangunkan.

Katanya, dia terpaksa meminjam wang rakan-rakannya untuk membayar sewa bilik serta kos perjalanan pergi dan balik kerja (latihan industri).

“Semalam di ‘open house’ (rumah terbuka) aku ada borak dengan seorang anak muda ini. Dia baru habis ‘internship’ (latihan industri) dekat sebuah ‘startup company’ (syarikat baharu) dalam Kuala Lumpur.

“Aku cakaplah yang dia ini gila,” ciapnya.

Tambahnya, pelajar perlu bijak memilih syarikat atau organisasi untuk dijadikan tempat latihan industri.

“Jangan terima ‘internship’ (latihan industri) tak berbayar dan semoga lepas ini tak ada lagi pelajar setuju ‘internship’ tak berbayar ini.

“Benda ini harus dihapuskan. Semua orang layak dapat upah untuk kerja dia orang,” ciapnya lagi.

Dikala kita meromantismekan ‘henyak sampai lunyai’, netizen turut memberi komen supaya syarikat membayar elaun sekurang-kurangnya RM500 sebulan.

“Kau nak kerah tenaga pelajar praktikal sama macam pekerja kau, tapi satu sen pun kau kedekut nak bayar. Baik tak payah buka syarikat,” komen seorang pengguna.

“Paling pun bayar RM500 sebulan, pelajar praktikal pun kena bayar sewa bilik, duit makan, minyak motosikal pergi tempat praktikal, bayar tambang tren dan sebagainya,” luahnya. – KOSMO! ONLINE

Google ads
"
"
Back to top button