Artikel Pilihan

KENAPA REKAAN KERETA MAZDA SEMUA LAWA-LAWA? DULU TAK LAWA KE?

Kebanyakan masa memang penulis akan memandu kereta ujian yang disediakan oleh pengeluar disebabkan tuntutan tugas. Tapi jarang sekali jika ada peminat kereta yang akan menegur penulis berkenaan dengan rekaan kereta yang dipandu oleh penulis walaupun kereta tersebut merupakan jenama yang mewah

Tapi jika penulis memandu Mazda Miata MX-5, akan ramai yang akan datang menegur dan memuji rekaan kereta Miata walaupun ketika mengisi petrol ataupun sedang menghantar anak ke sekolah. Samaada ia Mazda Miata 2 pintu, atau sedan 4 pintu mahupun crossover 5 pintu, rekaan kenderaan Mazda boleh dikatakan ada persamaan iaitu ia direka dengan sangat cantik dan menarik

Kalau anda cari jawapan yang ringkas kenapa kereta Mazda semuanya segak bergaya, ia adalah disebabkan falsafah rekaan Mazda sendiri iaitu “Soul of Motion”. Namun jika anda mencari jawapan penuh, ada 5 sebab kenapa rekaan Mazda memenangi banyak anugerah

1. Utsuroi – Permainan Cahaya dan Bayang-Bayang – dalam budaya jepun falsafah ini disebut sebagai Utsuroi, menggunakan pantulan cahaya apabila terkena pada permukaan kereta bagi memantulkan kembali warna dan juga lekukan rekaan Mazda sebelum masuk ke dalam mata kita

Malah Mazda turut menggunakan unsur bayang-bayang dalam rekaan bagi menghasilkan permukaan yang lebih gelap bagi permukaan panel badan yang dicat dengan warna yang sama. Sebagai contoh sewaktu kereta Mazda bergerak, ia akan menghasilkan pantulan warna cerah dan gelap pada masa yang sama pada mata kita

2. Lekukan dan ruang kosong– bagi memaksima efek bayang bayang dan pantulan cahaya di atas, jururekabentuk Mazda akan menghasilkan permukaan seakan-akan sfera (convex) dan cembung pada satu permukaan yang sama bagi menyebabkan pergerakan cahaya tadi

Konsep ini juga disebut sebagai Ma dan Sori. Ma membawa maksud kecantikan dan keharmonian dalam satu ruang kosong. Sori pula memberi makna elegan dan tenang namun tidak terlalu “overdone” dengan kedua dua elemen ini banyak digunakan pada rekaan sisi kereta Mazda

Disebabkan konsep ini, kereta Mazda tidak menggunakan konsep lekukan lurus dalam menghasilkan shoulder line, namun membiarkan biasan cahaya yang menghasilkan shoulder line ini. Keadaan ini menggambarkan seolah-olah kertas lukisan kosong yang memantulkan semula cahaya

Jadi designer Mazda Kodo atau Soul of Motion yang digunakan oleh Mazda menggabungkan 3 elemen dalam rekaan iaitu Ma, Sori dan Utsuroi menghasilkan rekaan luaran Mazda yang kita kenali pada hari ini.

3. Seni bermain dengan warna – Soul Red mungkin warna yang paling popular bagi Mazda dan ia merupakan warna yang paling susah untuk dihasilkan oleh Mazda menjadikan pilihan warna ini adalah lebih mahal daripada warna biasa

Warna ini diperkenalkan semula menjadi Soul Red Crystal dengan 30% more saturation, 50% more depth, serta membang semua elemen warna biru atau oren dalam cat bagi menghasilkan warna merah rubi atau wain.

Mazda juga menggunakan kaedah dan proses mengecat yang berlapis-lapis dengan ketebalan yang berbeza bagi memastikan aluminium flakes dalam cat memberikan reaksi yang berbeza apabila disinari dengan cahaya matahari

Warna Artisan Red yang digunakan oleh CX-90 menggunakan asas pigmen berwarna hitam dengan aluminium flakes yang menyerap cahaya. Di dalam keadaan gelap, warna ini kelihatan seperti warna merah pekat hitam namun apabila terdedah kepada cahaya ia akan bertukar menjadi high chroma red

Warna Rhodium White juga menggunakan konsep sama, dilapisi dengan aluminium flakes setebal 0.5 microns bagi menghasilkan cat seperti warna besi yang cair. Mazda perlu menggunakan kaedah baru mengecat yang dinamakan Takuminuri bagi memastikan proses mengecat yang dilakukan oleh robot meniru proses mengecat yang sama seperti manusia

Takumi (craftman master) dan Nuri (paintwork) merupakan proses mengecat yang dihasilkan sendiri oleh Mazda bagi memastikan kualiti cat dilakukan oleh manusia walaupun proses ini dibuat oleh robot.

4. Elemen Manusia – salah satu benda yang diberi perhatian oleh Mazda ialah penggunaan lampu LED yang direka seperti mata manusia. Jika anda perasan, kebanyakan lampu depan Mazda dihasilkan dengan rekaan yang sedikit “sepet”

Bukan itu sahaja, malah lampu signal yang ada pada Mazda juga direka agar berkelip dengan meniru irama rentakan jantung manusia. Berbanding dengan lampu signal kereta lain, ia akan berkelip dengan cara yang sama (same polarity)

5. Rekaan Mazda seperti muda – dimulakan oleh Shunji Tanada apabila beliau mereka rupabentuk muka depan Mazda Miata NA yang pertama berdasarkan konsep Topeng Muka Jepun Noh. Shnji menggnakan kelebihan “pareidolia” iaitu melihat muka pada objek tidak bernyawa

Apabila konsep ini digunakan, ia membolehkan otak menafsirkan muka pada kereta, mewujudkan hubungan yang rapat antara manusia dan juga objek, bagi kes ini kereta Mazda. Rekaan ini kemudian digunakan terus oleh Mazda pada kebanyakan kereta mereka

Google ads
Back to top button