Buletin

LELAKI SANGKA KENA HEART ATTACK. REMBAT AMBULANS, BERGEGAS PERGI HOSPITAL

Seorang lelaki berusia 38 tahun mengambil keputusan merembat sebuah ambulans dan bergegas ke hospital apabila mempercayai dirinya terkena serangan jantung.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 1.20 pagi itu, pasukan kecemasan Unit Bomba Jabatan Perubatan Bandar Baltimore telah meninggalkan ambulans terbabit dalam keadaan enjin masih hidup selepas menerima panggilan kecemasan di Seagull Avenue.

Lelaki berasal dari Baltimore yang mempercayai dirinya terkena serangan jantung telah membuat keputusan merembat ambulans dan bergegas ke hospital apabila melihat pasukan kecemasan tersebut sedang sibuk menjalankan tugas.

Pegawai polis yang berada berdekatan Hospital Medstar Harbor mengesan ambulans dipandu dalam keadaan mencurigakan dan menghentikan jentera terbabit.

Lelaki berkenaan memberitahu pegawai polis, dia diserang serangan jantung dan ingin menggunakan ambulans untuk pergi ke hospital.

Seperti diduga, lelaki berkenaan tidak berdepan masalah serangan jantung dan siasatan membuat keputusan suspek mengalami krisis perubatan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada lelaki terbabit didakwa pihak berkuasa atas tindakan itu. – autoevolution

Google ads
Back to top button