Buletin

AMBULANS HABIS MINYAK, WANITA HAMIL MENINGGAL DUNIA

Gara-gara sebuah ambulans kehabisan minyak, seorang wanita hamil dilapor meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital Pandit Raghunath Murmu Medical College and Hospital (PRMMCH) di Baripada, Odisha, India. 

Mangsa, Tulsi Munda dari perkampungan Handa dikatakan mengadu sakit untuk bersalin ketika berada di Pusat Kesihatan Komuniti Bangiriposhi. Namun, disebabkan keadaannya yang kritital, doktor memindahkan Munda ke PRMMCH. 

Malangnya, ambulans yang bertanggungjawab membawa Munda habis minyak sewaktu berada di pinggir bandar Baripada. Sementara ambulans lain hanya tiba di lokasi selepas 45 minit. 

“Ketika tiba di hospital sejam kemudian, doktor mengesahkan isteri saya sudah meninggal dunia,” kata suami mangsa, Chittaranjan. 

Ketua Pegawai Perubatan Daerah Mayurbahnj, Pradip Kumar Mohapatra memberitahu siasatan awal mendapati terdapat kebocoran pada saluran paip minyak ambulans tersebut. Dia bagaimanapun berjanji kes itu akan disiasat dan mengambil tindakan sewajarnya. 

sumber: Sinar Harian

Google ads
Back to top button