Artikel Pilihan

TIPS: BAGAIMANA BERHADAPAN DENGAN GAJAH LIAR DI JALAN RAYA GRIK JELI

2 3 hari lepas tular berkenaan insiden gajah yang memijak dan mengamuk di Jalan Raya Grik Jeli atau lebih dikenali dengan nama Jalan Raya Timur Barat. Kejadian dikatakan berlaku tidak jauh dari hentian rehat dan rawat di Puncak Titiwangsa. Ketika kejadian Perodua Axia yang malang tersebut dikatakan berhenti bagi memberi laluan kepada gajah

Namun terdapat sebuah kereta lain yang berada di belakang Axia tersebut, menekan hon akibat kurang sabar menyebabkan gajah tersebut berang dan memijak Perodua Axia yang telah berhenti. Kejadian ini bukanlah kali pertama berlaku dan penulis merasakan ia bukan menjadi yang terakhir.

Sebagai pengguna tetap yang telah menggunakan laluan ini semenjak dari tahun 1995 lagi, penulis ingin kongsikan beberapa tips dan panduan bagi mengelakkan perkara ini berulang lagi. Tips ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu mengelak dari berjumpa gajah dan ketika berhadapan dengan mamalia ini.

Tips untuk mengelakkan dari bertembung dengan gajah

1. Jalan Grik Jeli yang mengubungkan bandar Grik dan Jeli ini sebenarnya melalui hutan simpan yang berada di negeri Perak dan Kelantan. Laporan pada tahun 2016 menunjukkan terdapat 60 ekor gajah liar yang menjadikan hutan di sepanjang laluan ini sebagai habitat mereka. Setiap kali anda melalui jalan ini, memang ada risiko untuk bertembung dengan gajah, jangan sedap sangat layan selekoh tue.

2. Rancang perjalanan anda dan hanya lalui jalan ini pada waktu siang sahaja kerana gajah akan mula keluar dan melintasi jalan bermula pada waktu senja sehingga waktu subuh. Pada tahun 2007 dulu penulis pernah terserempak dengan beberapa ekor gajah yang yang berehat di atas jalan seperti sekatan jalan raya polis, sekitar jam 9 malam berhampiran Tasik Banding

3. Sekiranya anda melalui jalan ini pada waktu malam ketika hujan, risiko untuk anda bertembung dengan gajah semakin meningkat. Pengalaman penulis yang pernah dikejar gajah dulu pada tahun 2013 ialah waktu malam selepas hujan dalam keadaan berkabus. Jadi elakkan daripada menggunakan jalan ini waktu malam ketika hujan.

4. Terdapat beberapa laporan serangan gajah menunjukkan gajah juga keluar ketika waktu hujan dan bulan mengembang penuh. Jadi pendek kata waktu malam bukanlah waktu yang baik bagi memandu di jalan ini.

5. Jaga mulut jangan celupar sangat, jalan yang anda lalui merupakan kawasan hutan. Jangan simpan niat untuk berjumpa gajah, jangan cakap besar kata nak langgar gajah, dan jangan sesekali nak tunjuk lagak ketika melalui jalan ini.

Kawasan Lintasan Gajah

6. Sekiranya anda melalui jalan ini dan terdapat beberapa pengguna memberikan amaran melalui lampu tinggi, maka perlahankan kereta anda dengan segera kerana besar kemungkinan terdapat gajah cuba melintas jalan. Berhenti pada jarak yang selamat dan cari ruang yang cukup untuk anda berpatah balik jika berlaku kecemasan. Gajah boleh berlari 40km/j, lagi laju dari anda berjogging.

Ketika Bertembung dengan Gajah

7. Berhenti dan beri laluan pada gajah, ia akan menunggu di tengah jalan sekiranya anaknya belum lagi melintas. Jangan cuba melepasi kumpulan gajah tersebut

7. Jika anda bertembung dengan gajah pada waktu malam, matikan lampu tinggi dan sekiranya perlu matikan lampu besar. Hanya nyalakan lampu kabus bagi memudahkan pemandu lain melihat anda. Kalau ada lampu spot light yang terang warna putih, hidupkan saja lampu tersebut biar gajah tendang kereta anda

8. Jangan nyalakan lampu hazard pada waktu malam ketika berhenti. Cahaya yang berkelip-kelip akan menyebabkan gajah menyerang kereta anda. Inilah punca utama kereta penulis dikejar gajah dulu.

9. Jangan jadi bebal dan bunykan hon pada kawanan gajah, perbuatan tersebut menjadikan seolah-olah anda cuba menyerang mereka

10. Dilarang sama sekali membaling apa-apa objek pada gajah kerana perbuatan tersebut dianggap sebagai ofensif

11. Sekiranya anda terjumpa gajah yang sedang makan di hutan, jangan sesekali berhenti dan selfie dengan mereka kerana ini gajah liar bukannya gajah yang dilatih dalam zoo. Penulis pernah diberi amaran oleh gajah ketika cuba berhenti untuk mengambil gambar

12. Jangan tekan pedal minyak sehingga enjin berbunyi (rev)

13. Sentiasa memerhatikan keadaan gajah yang makan dan hidupkan enjin. Sekiranya anda melihat gajah berjalan laju ke arah anda dengan telinga bercapang, membaling objek dengan belalai, membuat bunyi, mengangkat belalai ke arah anda dan mulai berlari ke arah anda, perkara terbaik yang boleh anda lakukan ialah berpatah balik ataupun pandu kereta sejauh mungkin dari mereka

14. Gajah kerapkali dilihat berada di antara Tasik banding sehingga ke Puncak Titiwangsa. Beri perhatian yang penuh ketika memandu di kawasan ini

Ini merupakan tips dan panduan penulis berdasarkan pengalaman sendiri. Jika anda ada tips tambahan, jangan malu-malu untuk komen di ruangan komen media sosial.

Google ads
Back to top button