Buletin

MUSTANG PALING BURUK DALAM INTERNET. BETUL KE NI?

Bukan sesuatu yang mudah untuk memiliki Ford Mustang, ia merupakan salah satu jenama paling laris di Amerika Syarikat dalam segmen kereta sport.

Jentera Mustang sentiasa bersaing dengan kereta-kereta seperti Chevrolet Camaro dan Dodge Challenger malah amat sesuai bagi sesiapa yang lebih cenderung kepada pemanduan sporty.

Banyak sahaja model Mustang yang terdapat di pasaran boleh dipilih untuk dijadikan pilihan hati.

Bagaimana pula kalau anda inginkan sesuatu yang luar biasa dan meraih perhatian orang ramai?

Lupakan sahaja membeli jentera baharu tetapi tatap puas-puas gambar kereta Mustang berwarna biru ini.

Ford Mustang tahun 1996 telah diubah suai menjadi seperti kenderaan yang akan dipandu antagonis, Cruella de Vil dalam filem kartun 101 Dalmations.

Dalam iklan disenaraikan eBay, pemilik kereta ini mengatakan ia dimodifikasi pada tahun 2013 dan terdapat satu sahaja seumpamanya di dalam dunia.

Melalui gambar tersebut kemasan luaran dimodifikasi agak keterlaluan sehingga sukar mengenali jentera itu adalah sebuah Stang.

Spesifikasi menunjukkan perbatuan kenderaan pada 108539 km, transmisi automatik, penghawa dingin, kawalan cruise, kunci automatik dan tingkap automatik.

Pemilik kereta menambah dalam iklan tersebut “Sebuah kereta konsep khas yang tiada sepertinya. Betapa uniknya kereta ini?

Tambahnya, lampu belakang kereta berkenaan menggunakan lampu Volvo XC90 SUV manakala bahagian lampu hadapan adalah Mini Cooper.

“Saya hanya memandu kereta ini sekitar bandar sahaja dan kurang daripada 1609 km memandangkan ia dimodifikasi pada tahun 2013,” ujarnya lagi.

Jentera tersebut dijual pada harga $34,000 (RM145,044). Ada berani nak beli kereta ini? Atau kena campak dekat laut sahaja – carbuzz

Google ads
Back to top button