Buletin

LOTUS KINI MERANCANG KEMBANGKAN LAGI PRODUK – PHIL POPHAM, CEO LOTUS

Peminat-peminat Lotus kini wajar bergembira kerana kini mereka mempunyai pelabur baru yang sanggup melabur dalam syarikat pengeluar kereta sport unik dari UK ini. Pelabur tersebut tidak lain dan tidak ialah Zhejiang Geely Holding Group yang turut menguasai sebahagian besar saham Proton.

Tahun lepas Lotus telah melantik seorang eksekutif veteran dari Jaguar Land Rover, Phil Popham sebagai CEO mereka. Popham sejak dari awal dilantik menyatakan yang mereka akan mengeluarkan sebuah kereta sport serba baru dan beberapa buah lagi dikatakan sedang dalam peringkat pembangunan.

Mereka juga dikatakan akan keluar dari kepompong pengeluar kereta sports yang menjadi teras syarikat sejak ditubuhkan oleh Colin Chapman 70 tahun lepas. Mungkin selepas ini mereka akan memperkenalkan SUV ataupun sebuah sedan sport tetapi dengan segala ciri Lotus sejati tentunya.

Popham memberitahu media yang sebagai sebuah syarikat pengeluar kereta sports, mereka kini sedang membangunkan sebuah model serba baru yang bakal diperkenalkan penghujung tahun depan. Ia belum boleh dibeli juga bukan sebuah model berkuasa elektrik tetapi dijangka mempunyai harga dalam linkungan harga model-model Lotus sedia ada.

Mereka kini sedang giat melabur untuk model baru tersebut selain mempersiapkan kilang mereka di Hethel untuk proses produksi kereta tersebut. Pada masa yang sama mereka juga tidak menolak untuk menghasilkan SUV pada masa akan datang tetapi masih dengan DNA Lotus iaitu berfokuskan pemandu dan pengalaman pemanduan itu sendiri.

Sokongan dan peluang yang dibawa oleh Geely akan digunakan sebaik mungkin untuk meneroka pasaran lain selain pasaran model sport pada masa akan datang.

Sebagaimana yang kira sedia maklum, Geely menguasai pelbagai syarikat ternama lain seperti Volvo, Polestar, lynk & Co dan banyak lagi tetapi bila ditanya tentang kolaborasi antara anak syarikat Geely lain dengan Lotus Popham menyatakan yang mereka belum memilih mana-mana syarikat atau platform untuk model terbaru mereka.

Sepertimana yang kita ketahui Lotus juga tidak menghasilkan enjin sendiri. Buat masa sekarang mereka menggunakan enjin Toyota dan mengubahsuainya mengikut keperluan mereka. Dengan pasaran yang agak terhad memang tidak munasabah untuk Lotus menghasilkan enjin sendiri tetapi dengan peluang yang diberikan oleh kumpulan Geely, tidak mustahil untuk mereka membangunkan enjin sendiri satu hari nanti.

Geely melaburkan banyak wang dalam membangunkan kenderaan pemanduan autonomi dan Lotus mungkin menerima faedah daripada proses tersebut tetapi mereka memerlukan masa yang panjang untuk menilainya dan melihat pada sebuah kereta yang dihasilkan khusus untuk keseronokan memandu. Macam tak kena je kan konsep pemanduan autonomi dengan Lotus?

Tags
Google ads
Back to top button