Buletin

GEELY MULAKAN PEMBINAAN KILANG BERNILAI RM5.4 BILION – BAKAL HASILKAN LOTUS DAN JENAMA MEWAH LAIN DI SANA

Zhejiang Geely Holding Group (Geely) dilapor sudah memulakan permbinaan kilang pemasang untuk kenderaan mewah termasuklah jenama Lotus di Wuhan, China.

Kilang yang menelan belanja hampir AS$1.3 bilion (RM5.4 bilon) itu bakal menjadi kilang pertama Lotus di luar United Kingdom.

Sedia maklum bahawa kilang Lotus kini terletak di Norfolk, England. Geely menganggarkan kemudahan itu akan memulakan produksi kenderaan dalam masa dua tahun. 

Ia memiliki kapasiti menghasilkan 150,000 unit kerrta dengan enjin pembakaran dalaman dan elektrifikasi setahun. Setakat ini, masih belum ada maklumat tentang model apakah yang bakal dihasilkan di sana selain Lotus. 

Pada tahun 2017, Geely membeli 49.9 peratus Proton Holdings. Perjanjian sama menyaksikan pengeluar kenderaan dari China iu menguasai 51 peratus Lotus daripada proton.  

Portfolio jenama mewah Geely kini terdiri daripada Volo, Lynk & Co dan Polestar yang semuanya akan memanfaat kilang baharu berkenaan.  

Sebelum ini, timbul khabar angin bahawa Lotus sedang sibuk membangunkan model SUV pertamanya yang djangka dibina di China. Biarpun begitu, ia dinafikan oleh pengurusan kanan Lotus. 

Ketua Pegawai Ekskutif Lotus, Feng Qingfeng memberitahu pihaknya mengesahkan Lotus kan tampil dengan kereta sports baharu tahun depan.

Model itu dikatakan versi Evora dengan platform aluminium yang menerima penambahbaikan yang sangat ketara,

Ia akan menjadi model baharu pertama Lotus sejak dibeli oleh Geely. Manakala model serba baharu Elise, Exige dan Evora bakal dikeluarkan pada tahun 2022 atau 2023. 

Suku pertama tahun 2019 menyksikan jualan jenama Geely dan Lynk & CO jatuh sembilan peratus kepada 241,945 unit. Geely meletakkan sasaran untuk menjual 1.51 unit kenderaan pada tahun ini. 

Tags
Google ads
Back to top button