Buletin

JALAN RAYA SEPANJANG 3KM INI ADA LEBIH 1,000 TIANG LAMPU – KENAPA PULAK NI?

Penduduk sebuah kampung di wilayah Shaanxi, China dilihat melakukan sesuatu yang tidak pernah difikirkan sebelum ini semata-mata untuk meningkatkan nilai tanah mereka. 

Sebatang jalan raya sepanjang 3km telah dipasang dengan lebih 1,000 tiang lampu yang dikatakan berharga sekitar AS$1,000 (RM4,000) setiap satu. 

Ironinya, jalan itu agak itu jarang digunakan oleh orang ramai. Malah, mereka yang pernah melalui jalan itu menyatakan ia terlalu terang. 

Semua ini berlaku selepas kerajaan tempatan mengumumkan mahu membeli tanah di sana. Jadi, dalam usaha meningkatkan nilai tanah tersebut, penduduk menambah lampu jalan yang sememangnya tidak perlu. 

“Apabila berita kerajaan mahu mendapatkan tanah untuk memperbesarkan Taman Perdadangan & Logistik Antarabang Xi’an, tiang-tiang lampu mula muncul di sepanjang 3km jalan yang menghubungkan kampung Taojia dengan kebun-kebun dan ladang anggur berhampiran. 

“Biasanya, apabila tanah diambil alih oleh kerajaan, harta di atas tanah penduduk akan dimusnahkan dan mereka diberi pampasan. Jadi mereka mula mengumpul duit untuk memasang lampu jalan dengan harapan dapat menuntut pampasan yang lebih tinggi,” lapor sebuah akhbar tempatan. 

Malangnya, usaha itu memakan diri. Penduduk diberitahu pampasan tanah tersebut tidak termasuk tiang lampu yang dipasang secara haram. Sebaliknya, mereka diarah supaya menurunkan tiang tersebut atau dikenakan penalti. 

 Daripada nak untung, terus bertambah rugi. 

Google ads
Back to top button