Buletin

LPT FASA 3, SAMBUNGKAN GEMUROH KE TUMPAT.

Siapa sahaja yang balik ke kampung semasa pulang berhari raya Aidiladha baru-baru ini akan merasa peritnya kesesakan jalan raya terutama yang melibatkan negeri pantai timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Fasiliti jalan 2 lorong yang terhad menjadi sangat sesak menyebabkan perjalanan mengambil masa sehingga 2 kali ganda dari kebiasaan.

Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah meluluskan pakej pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur LPT Fasa 3 yang akan menyambungkan Gemuruh (Setiu, Terengganu) ke Tumpat (Kelantan) sejauh 150km. Apabila siap, perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu akan dapat dikurangkan serta mengurangkan kesesakan jalan persekutuan

Disebabkan projek ini melibatkan kos yang besar, pelaksanaan projek dipecahkan kepada 2 pakej. Pakej pertama ialah bermula dari Kg Gemuruh, Setiu ke Kg. Gong Maksom, Besut sejauh 77km manakala pakej kedua sepanjang 70km bermula dari Kg. Gong Mak Som sehingga ke Pengkalan Kubor Kelantan

Antara daerah yang terlibat dalam LPT 3 ialah Kuala Terengganu, Setiu, Besut, Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat. Dijangkakan sepanjang LPT 3 ini melibatkan pembinaan lebuhraya sejauh 147km dan kos awalan projek bernilai RM 35 juta telahpun diluluskan.

Apabila LPT Fasa 3 ini siap, ia akan melengkapkan jaringan Lebuh Raya Pantai Timur yang mula beroperasi dari tahun 2004 yang menghubungkan pekan Karak ke Kuantan (174km) dan LPT Fasa 2 Kuantan ke Gemuruh (184km). Apabila siap LPT memiliki jarak sepanjang 505km bermula dari Karak sehingga ke Tumpat.

Jika anda memulakan perjalanan dari Tol Gombak ke Tumpat, jarak perjalanan ialah sekitar 565km dan anda boleh sampai ke Tumpat dalam masa 6 jam apabila LPT Fasa 3 ini apabila siap.

Google ads
Back to top button