Motosikal

MOTOGP BRNO 2020: BRAD BINDER CIPTA KEJUTAN. SIAPA CAKAP KTM TAK LAJU?

Pelumba pasukan factory KTM, Brad Binder mengejutkan ramai apabila menjuarai MotoGP Brno sebentar tadi.

Binder yang bermula dari petak ke-13 menunjukkan tunggangan meyakinkan sejak awal perlumbaan dengan memotong satu demi satu pelumba di hadapannya.

Biarpun ada ketika ketinggalan agak jauh daripada pelumba pasukan Yamaha SRT, Franco Morbidelli, dia akhirnya berjaya menduduki tempat pertama.

“Saya rasa sangat gembira kerana memenangi MotoGP buat kali pertama. Terima kasih kepada pasukan KTM kerana memberi peluang ini,” kata Binder yang melonjak naik ke kedudukan kelima dengan 28 mata.

Ini merupakan pencapaian terbaik Binder selepas menggantikan Johann Zarco untuk musim 2020.

Sementara Morbidelli nampaknya terpaksa berpuas hati di tempat kedua. Kemenangan ini membolehkan Morbidelli berada di tempat ketiga dengan 31 mata.

Pelumba baharu pasukan Ducati, Johann Zarco kembali menunjukkan keupayaan sebenarnya apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

“Saya rindukan suasana ini, sudah lama saya berusaha. Walaupun terpaksa melalu I penalty line, saya terkejut kerana tiada pelumba yang sempat memotong. Terima kasih kepada pasukan Ducati kerana memberi kepercayaan kepada saya dan memberi jentera yang hebat,” kata Zarco.

Juara dua perlumbaan sebelum ini, Fabio Quartararo sekadar berada di tempat ketujuh. Dia yang kelihatan mula hilang momentum di pertengahan perlumbaan itu mungkin berdepan masalah dengan tayar.

Google ads
"
"
Back to top button